Friday, November 30

Little Ekin (Part 4) : Entering 2nd Trimester

Assalamualaikum

*sumber google*

Alhamdulillah. by today, 30th November 2018, aku dah pun genap 6 bulan mengandung. Syukur2. Despite mcm2 hal jadi time aku mengandung. Antaranya aku tergelincir depan bilik air masa usia kandung dlm 4 bulan kot? aku tak igt la. Allah takut juga masa tu. Tapi mujur takde bleeding or anything. Baby kuat insyaAllah :)

So 6 months, 24 minggu. Biasanya dlm mengandung ni lebih senang nak guna term minggu dari bulan. So 24 week. 2 weeks more to enter third trimester.

ini first scan dkt kkia. ni scan mse brp minggu tah lupa dh haha. so dh boleh nmpk la ya. cuma aku tatahu mana kepala mana kaki T_T

Alhamdulillah selepas scan semua, dd aku dh set insyaAllah pd 23 March 2019. Insyaallah semoga semuanya dipermudahkan untuk ekin. Amin.

Insyaallah kalau ikut tepat keluar baby time tu, sempat la teman habiskan pantang dan beraya tahun depan. Tapi malang sekali, tahun dpn my husband tak dpt cuti first raya sbb this year dia dh ambik. So take turn la dgn kwn kerja kan. Org kerja swasta gitu la. So insyaaAllah aku akan raya dgn family aku this year :D

Time dah masuk 2nd tri ni, dh start fikir la bab nak bersalin kat mana nak pantang kan. Ikutkan plan, nak pantang di Ipoh, rmh family. Tapi rmh Ipoh tu pd yg tahu, tahu la. Mcm2 binatang ada. Kucing ada, Kera ada, aigo takut mcm tak sesuai. Plus ayah and adik lelaki aku merokok. So environment tak brp nak elok. Aku pulak taknak pantang dengan mertua. Haha.

So insyaallah aku akan berpantang sendiri. Mungkin mak aku akan dtg la first week mcmtu nak tgk2 aku, lepastu mertua aku dkt so if dia nk dtg jenguk ok la kot. Nasib la laki aku ni jenis boleh buat kerja rumah semua so tak ralat la nk bergantung pd dia bab mengemas rumah.

Bersalin pun tatahu lagi, cadangnya nak bersalin kat Hospital Putrajaya atau Hospital Shah Alam. So kita tgk la mana yang lepas. Yang penting duit ya. Untuk selesa.

Insyaallah Januari nanti baru nak mencari barang baby. Jenis last minute gini lah. Udah nak bersalin baru nk cari baju. Harap2 larat lagi la nk melangkah. Huhu. 

So, so far itu je lah. Oh siapa yang tanya gender tu, maaf ya sy tatahu lagi sebab last scan masih kecik lg. Doc kata kemungkinan lelaki tp sbb awal lagi so nk ckp confirm tu xboleh la. So next scan dkt kk, 3 january insyaallah dh boleh tahu gender. Next post insyaallah aku update psl gender pulak ya.

Love,
Ekin


Thank you for visiting here :)

Little Ekin (Part 3) : Ekin dan masalah Darah berpisah tiada T_T

Assalamualaikum


So time aku pergi, semua la dia buat. Ambik darah, check hb, check air kencing, check tekanan darah berat tinggi semua la.

Disini masalah darah aku mengambil tempat ya. Aku ni time kecik dlu pernah check darah and disahkan akan Thalesemia Trait. So sampai skrg mmg aku igt aku ni thalasemia la jenis kurang darah merah. Tapi bila ambik ujian darah kt kk, takde pulak katanya. Pening aku.

Salah satu problem aku rasa sebab aku kena anemia ni, sebab aku xmkn sayur. jadi zat besi dlm bdn kurang. Sepatutnya utk kadar normal ibu mengandung, HB punya bacaan mesti lah 11 ke atas. Ada klinik dia set 12 tau. So aku masa check first, 10.9 jadi masalah la. Sebab awl2 mengandung dah bwh 11. 

HB tu penting ya anak2. Teman sangkut kt HB mse first checkup. HB tu haemoglobin. aku nak cerita lebih tak reti nak faham, senang cerita darah tak cukup la.

Supposedly if semua okay, utk first trimester, korang akan checkup sebulan sekali tapi sebab aku sangkut kt HB, maka dgn itu, nurse bg aku appointment 2 minggu sekali utk monitor hb.

HB low ni agak bahaya utk baby sbnrnya. Sebab darah tu mcm bekalkan oxygen gitu la. So kalau darah kurang, oxygen xsmpai la gitu kt baby. Ini apa nurse cerita kat aku la. Yg nak tahu lebih lagi, boleh baca SINI .

So doc bg aku ubat tambah darah. Dan dlm masa sama aku kena bykkan makan mkn yang tambah darah seperti kerang, sayuran hijau, dan organ seperti hati ayam. kerang dgn sawi je aku leh telan buat masa ni. Lain2 kirim salam lah tak lalu teman. And pantang caffein. So aku mmg tak minum langsung air teh atau kopi. Tahan sabar je lah tgk starbuck ke each a cup ke huwaaaaa!!!!

Dlm masa yang sama, cuba la ambil supplement tambahan. Aku dah cuba pati delima, tak berkesan T_T. So next month nak cuba Jus Mamariam pulak. Hopefully ada la yang berjaya sangkut dgn aku ni. Tak larat nak dgr nurse and doctor membebel. 

Sekian bebelan aku psl mslh aku. So next post aku akan cerita terus utk 2nd trimester ya :)

Love,
Ekin


Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH