Monday, November 28

Tabah juga suatu perasaan :)


Hm semalam, aku keluar dari rumah. Ak dduk di buaian. Memandang ke langit. Tiada bintang kelihatan. Langit kosong. Hanya dihiasi bulan yg kelihatan muram. Sama seperti aku. Kesepian dan kekosongan. Tanpa seseorang.

Tapi bibir aku mengukir senyuman. Walaupun bintang tiada, bulan tetap keluar. Bulan tetap bersinar walaupun pudar. Bulan tetap tersenyum walaupun tanpa bintang. Begitu juga aku. Masih tersenyum walaupun hati masih ada kesan calar semalam. Aku tetap tersenyum untuk hari-2 mendatang.

Jangan berasa simpati pada aku. Tolong. Jangan berasa begitu. Aku mohon beri aku kekuatan. Beri aku dorongan. Sebab aku ta mahu jadi seperti bulan semalam. Muram tanpa bintang. Aku mahu jadi bulan yang tersenyum walaupun tanpa bintang :'D


with love ♥
 

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH