Monday, February 27

Cepat sembuh ya :')

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, anith dah sedar. Tapi dia masih tak bercakap. Menurut doktor, anith masih terkejut. Hm, anith, cepat sembuh tau. Aku rindu na gedik-2 dgn kau. Aku rindu na dgar cerita-2 kau. Hm aku bukak blog kau tadi. Nasib baik aku igt URL blog kau. Hm, ak baca ebtry pling baru. Sedihnye. Anith, aku terharu tau tengok blog kau, lepas nama family kau, nama aku yg first :')

Sweettnyeee. Hm anith, cpt sembuh ya. Lepas tu active kan fb tu. I miss you :'(


Thank you for visiting here :)

Sunday, February 26

Everything is gonna be alright dear :)

Assalamualaikum.


Salam petang. Yes, ap yg yes nye. -.-'
Tu tgk atas tu. Ad gmbr kan? Ad tulisan kan? Tahu baca kan? Ap yg tertulis?

"EVERYTHING IS GONNA BE ALRIGHT"

Hm sebenarnya tuju kat diri sendiri ni. Dush~
Aku ta berapa na betul harini. Hm sbb tension sikit ah dgn family. Hm ta payah cerita la eh. Hehe, tapi ak mmg agak stress. Korg bygkan la, selama hari ni, ak bwk kereta selama SEBULAN, aku ta pernah lagi buat keje gila kt sektow tu. Tapi tibe-2 harini, hari dimana esok aku ada TEST JPN JPJ *budus*
Aku telah melanggar sebuah kereta kancil dan mnyebabkan plat kereta yg ak bwk patah. YES~
Dahsyat kan? Tu la penangannnya bila emosi aku tgah ta stabil. Fkiran aku jiwa aku hati aku semua tataw pi melayang mana aihh -.-

Then ak duk fkir psl result na kluar ni pulak. Eh helo kalau aku bijaksana tape weh T_T
Budak yg bijak-2 tu boleh ah relax goyang kaki, aku yg gelabah punggung weh. Erhhh 22.03.2012. Is that the death date? Ish-3.
Kita doa je la byk-2 ye. Aku doakan kita semua amek result dgn muka yg gembira dan puas :D Aminn :)

Lagi? Hm lagi ap lagi.. Huuu apa yee~ Entah le. Serabut apa lagi ntoh. Boipren? Idokk, watpe na serabut. Happy okay. Jgn le jeles. Hihi ta salah kan aku na happy cenggini. Tak kan? Hu. Okay la, na lyn youtube. Kbai. Mmuuaahhh :*

p/s : Esok aku test, doakan aku lulus test tu ye. Amin ;)


Thank you for visiting here :)

Thursday, February 23

Allah telah menjemput adik Faris Nur Danial. Al-fatihah .

Assalamualaikum.

Arwah Faris Nur Danial dlm ingatan :')

Salam petang.

Akhirnya berakhirlah penderitaan adik Faris Nur Daniel yang bertarung nyawa untuk meneruskan hidup dengan bantuan oksigen selepas disahkan menghidap HLH (Haemophagocytic Lymphohistiocytosis) iaitu sejenis Kanser Darah dimana akhirnya Allah telah menjemputnya kembali pada jam 10.18 pagi tadi.




Adik Faris Nur Danial bergelut selama 23 hari di Sime Darby Medical Center dan hanya doa mampu aku hadiahkan.

Dibawah merupakan komen yg seorg pembaca berikan. Aku petik dari blog Pen Merah .

Alhamdulillah berakhir sudah penderitaan si anak kecil..kita tak mungkin akan tahu bagaimana sakitnya kemoterapi, bagaimana sakitnya badan kita kerana barah. Terngiang-ngiang di fikiran gambar titisan air mata arwah Faris. Kalau anak saya Sabrina kena demam pun saya sedih, kena cucuk vaksin pun saya sedih, amik darah sikit untuk test darah takut kena viral infection pun sedih. Apa lagi sakit yang berpanjangan yang dialami oleh arwah- memang tak keruan kita sebagai parentsnya. Sebab itulah parents mana pun tak nak anak dia sakit lama-lama.

DAN kita ada Allah. Kalian boleh bergembira kerana Faris terlepas dari dosa dan maksiat di dunia ini. Kalian boleh bersyukur kerana Faris sudah terselamat.

Jangan menitiskan air mata kerana Faris terselamat dari ujian dunia. Bergembiralah kerana Faris terselamat dan terus ke syurga. Bahagianya jika kita tahu anak kita confirm dapat syurga, terlepas seksa neraka.

Sedih. Tetap sedih dan hiba.


P/s: Al Fatihah buat adik Faris. Sesungguhnya syurgalah tempatnya :')

Thank you for visiting here :)

Tuesday, February 21

Beri aku peluang :')

Assalamualaikum.


Salam semua :)

Harini aku update smpi 3 kali. Haha tu la dah terlebih rajin. Mmg aku semangat sikit. Kalau tade topik tu, mampuih tepu kepala hotak aku. Haha. Tadi siang ak da update 2 entry, dua-2 psl cinta. Haha. Jiwang aku ni. Tapi mlm ni, aku na ckp psl diri aku. Actually psl niat ak untuk berubah lebih baik dan menjadi muslimah :)

Bismillahhirrahmanirrahim. Aku menulis dgn niat yg ikhlas. 

Selama ni aku jahil dlm agama. Solat aku abaikan. Kalau di asrama, solat aku cukup lengkap, tapi bila aku balik rumah, aku jarang melengkapkan solat aku. Sungguh aku merasa berdosa setiap kali aku memikirkan semua kejahilan aku. Apa jenis Islam aku ni? Mengaku Islam tetapi solat sahaj tak cukup. Mak aku selalu ckp, kalau ta solat, mcm mana kita na dpt rezeki. Kalau dah kita pun malas solat, Allah pun 'malas' nak bagi kita rezeki. Sungguh hati aku terkesan juga tetapi syaitan lebih merajai hati dan akal fikiran.

Ya Allah, bila aku fikir balik semua dosa-2 ak, dosa dimana, dulu setiap kali couple, ak pasti akan berpegangan tangan dengan bf aku. Sedangkan aku tahu apa yg ak lakukan itu HARAM. Jelas dan nyata ianya HARAM. Subhanallah. Dah berapa byk tgn lelaki yg telah menyentuh tgnku? Istighfar beribu kali aku mengingatinya.

Mujurlah, selepas daripada SPM, aku tidak lagi menyentuh tgn insan bernama LELAKI yg bukan mahram dgn ak. Ye la, ak ad couple kan. Dgn sape sape? Hehe abaikan la, benda dah berlalu. Tetapi yg aku egat mse jpe dy tu. Tade la sgt 'dia' na pegang tgn aku. Sbb bila 'dia' na pegang, ak mcm tepis-2, elak-2 even dy dpt jgak pegang. Tapi kalau na ckp pegang genggam erat, mmg dy ta dpt. Haha. Wuekkk. Padan muka XD 

And selepas dia pun ad la sorg lagi. Tapi dia mmg ta dpt. Haha. Sorry to say sbb tgok muka dy pun 5 mnit je dpt. So mmg dy tade peluang ah na pgang aku kan. Haha. Mungkin mse tu pun Allah na lindungi aku. Hm lepas tu skrg. Aku dah single. Hm, abg angkat ke apa ke, semua aku dah lost contactkan. Haha. Aku tana cntct dgn abg-2 and so on. Tapi cuma sorg je kwn baik lelaki aku yg masih wujud dlm hidup aku. EZAD (;

Ezad yg byk ajar ak mcm mne ak na brubah. Dy yg sarankan ak hlgkan diri drpd abg angkat ak. Lepas ak gtw dy yg abg angkat ak mcm gatai lain mcm. Haha. Lepas tu dy juga yg selalu tnye ak dah solat belom. Hihi, so ak skrg cuba berubah. Aku lengkapkan waktu solat. Aku byk baca cerita-2 berunsur agama. Aku slalu lepak dkat page Ustaz Azhar Idrus. 

Mcm aku ckp dkat Ezad, lepas ni kalau ad sape na couple dgn aku, syaratnye taley sentuh aku. Hanya boleh sntuh lepas nikah (:

Hihi apapun, aku harap perubhan diri aku akn meningkat dri semasa ke semasa. Insyaallah, kalian semua doakan aku. Aku juga berharap, lepas ni Allah akan bagi aku seorg calon pasangan hidup yg boleh bimbing aku :)

Insyaallah. :'D

Thank you for visiting here :)

Betul ke realiti lelaki sebegini ? HAHA

Assalamualaikum.


Salam petang semua :)

Cuba tengok gmbr kat atas ni. Hihi (:
Betul ke lelaki mcm ni? Ops correction, sbnrnye gmbr ni na tunjuk padan muka dekat lelaki yg ta pernah menghargai wanita. Yg dia tahu yes seronok dpt mainkan ppuan, yg dia tahu yahooo ak dpt awek lain, lagi cun. Yg dia tahu, ak na break. mls couple da dgn kau ppuan. Yg dia tahu, kau ta lawa ah, malu ak dgn kwn-2 ak. Yg dia tahu, sorry ah weh, kau kolot sgt, na pgang tgn pun taley, so, ak rse better kita clash. Yg dia tahu....

Haha amcm? Mmg lelaki sebegini la yg ppuan skrg cuba elakkan. Mndpt lelaki mcm ni, seolah-2 mndpt bala dlm hidup. Lelaki sepatutnye melindungi wanita, menjaga hati wanita, bukan melukai hati wanita sesuka hati depa je, bukan tahunya na kutuk je. Tapi igt, BUKAN SEMUA LELAKI MCM NI.

Masih ada yg baik, masih ad yg sopan santun, memahami, ta ego and byk lagi. And one more thing, bukan tade ppuan yg mcm laki seperti diatas. Ada juga. Jenis ppuan yg materialistik, jnis ppuan yg bajet hot, bajet lawa, yg tahunya na bf mesti kaya, handsome and boleh ikut kemahuan dia. Hakkktuihhhh, egat ad ke jantan na kat ppuan cmtu? tade wehhh, so kalau rse dlm diri ada, ubah la. Masih belum terlambat tau. Igt ye (:


Thank you for visiting here :)

Monday, February 20

LUMRAH HIDUP :)

Assalamualaikum.


Ditipu dan menipu >.<

Setiap org pernah ditipu, pernah menipu. Mustahil kan korg semua ta pernah ad dlm situasi ni. Terpaksa menipu demi kebahagiaan org tersyg, terpksa menipu demi mengelakkan pergaduhan, terpaksa menipu demi menguatkan hati. Kdg-2 kita juga pernah ditipu. Lelaki ditipu oleh perempuan dan begitu juga sebaliknya. Ta lepas juga diri aku sendri. Tetap juga pernah menipu dan tetap juga pernah ditipu. Tapi semuanya bukan kita yg mahu kan? Apakan daya, kita sudah ditakdirkan menghadapi keadaan itu. Kerana dari pengalaman ditipu dan menipu ini kita tahu erti KEJUJURAN :)


Dilukai dan melukai :)

Pedih rasanya dilukai org yg kita benar-2 syg dan cinta. Pedih rasanya dilukai manusia yg sudah berjanji dgn kita. Siapapun pasti pernah merasa pengalaman mcm ni. Tambah lagi aku kan T_T Haha tapi itu semua ujian buat kita. Sebab tanpa kita sedar, kita belajar mcm-2 benda bila kita dilukai. Kita mula berhati-2 supaya kita takkan dilukai utk kedua kalinya. Hm bagi yg pernah melukai, mngkin itu adalah bukan khendak hati kita tapi demi kebahagiaan org yg kita syg, kita terpaksa melukai mereka. Tuhan je tahu kan. Sama seperti aku, pernah melukai hati seseorg. Benar aku tidak rela melakukan perkara tu, tapi sbelum ak trus melukai dia dlm diam, biarlah ak lukakan dia sekali dan dia akan tmui kbhagiaan dia nanti. Insyaallah. Sebab dari pengalaman dilukai dan melukai inilah kita belajar erti MENGHARGAI :)


Dicintai dan mencintai :D

Ini sudah semestinya pengalaman yg pernah dilalui semua org. Bagi yg ta pernah pun, pasti inginkan. Sbb ini fitrah manusia. Ingin dicintai dan ingin mencintai. Dari pengalaman mencintai dan dicintai inilah, kita tahu erti KASIH SAYANG. Tapi ingat, cinta tak boleh dipaksa. Kadang-2 ad org jatuh cinta pd psangan yg salah. Kadang-2 ad juga yg memendam cinta kerana takut dgn knyataan yg bakal dihadapi. Akan tetapi, bagi seseorg yg benar-2 jatuh cinta, pasti dia akan mndptkn cintanya wlau ap yg jadi kan? Tapi igt, cara tu msti cara yg baik kay. :)


Thank you for visiting here :)

Sunday, February 19

Everyone need their love ♥

Assalamualaikum.


Salam semua :)

Erm, dah lama ta ckp psl cinta ngn kome. Hihi ye la, older post tu ak copy je kat youtube. Skg ni ak na ckp sbb tadi ak ternmpk dkat profile seseorg, hihi dia dah ad relatiionship dgn ehemm. married lagi tu. haha. Alhamdulillah. Bagus tuuu. Hihi.

Aku na tanya korang, pernah tak korg tengok relay dgn fb ex bf or ex gf korg, then korg rse jealous yg teramat sgt *tadelah teramat* Padahal korg dgn dia dah lme dah tade ap-2. Tapi korg tetap cemburu. Sbb ap
eh? Hm biar ak tlg jwb, sbb korg fkir, knp la korg ta lama dgn dia. hihi. *aku fikir cenggitu*

Bila ak usha balik fb seseorg yg pernah ak syg, hihi. Tersenyum je ak tgok tapi dengki tu ttap ad wehh. haha sbb apa, sbb aku tade bf smpi skg T____T

Haha ngek je. Hm ak tgok, ad yg dah na msuk 6 bulan kapel dgn awek dy, ad yg baru je married with. hihi. ad yg engaged dah. hahahahaha yla fb kan, mcm-2 relay bolehh. ad jugak yg bahagia mnyayangi kt fb tu, ad jgak yg masih single mcm aku. Hihi. Apapun semua org pun nakkan kbahagiaan sdiri kan. Mungkin sehari dua lepas clash tu, diorg masih lagi tringat-2 and trbyg-2 dkat kita, tapi dah lama, diorg pun tringin jugak kan kbahagiaan sdiri. Jadi apa salahnya kan. Huhu ak seronok tgok diorg semua dah happy skrg. Sbb ak pun happy :) 



Thank you for visiting here :)

Friday, February 17

YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA ....


Assalamualaikum.



Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya PadaMu,
agar bertambah kekuatanku
untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu. . .

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu. . .

Ya Allah jika aku menikmati
cinta kekasihMu, janganlah
kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati
pada kekasihMu, jangan biarkan
aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru
manusia kepadaMu. . .

Ya Allah, jika Kau halalkan aku
merindui kekasihMu, jangan biarkan
aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya kepadaMu.
Amin...

Thank you for visiting here :)

Sunday, February 12

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Assalamualaikum.


Salam semua. Hihi. Nampak tak atas ni? Ha actually ak join segmen ni. Segmen dekat blog ben ashaari ni.
Segmen apa wehhh? Ha ni SEGMEN : BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Ha jom jom. Kita BW sama-2, kita kenal-2, well melalui penulisan kita boleh kenal cne org tu kan. Mcm aku jiwang karat punya org. HAHA. 

Okay syarat :

berikan satu sebab yang ringkas kenapa mereka patut baca blog anda:

So jawapan aku : UNTUK MENAMBAHKAN KENALAN BLOGGER :) Alahhh simple je kan jwpn aku? Ye la, ak tade idea sgt tapi betul ap, igt FB dgn TWITTER je ke boleh tambh-2 kwn? Melalui blog pun ada okayyy. So bila dapat tambah kawan-2, kita ta rse syi sgt kan. Certain org ni fkir blog ni depa buat sbb depa tade tmpt nadu, so bila dah dpt tmbh kwn-2, ha byk dahh tempat mngadu kan kan? Cewahhh. HAHA okayy lha, itu jep na sharing dgn kome :p

And entry yg aku rasa aku suka sgt. Disebabkan aku ni jiwang punya org, aku bagi kome baca entry ni, menarik tak? Baca duluuu :))


Okay tu je. Salam perkenalan awak semua yg comel molek handosme kiut miut :DD


Thank you for visiting here :)

Warkah cinta buat bakal suamiku :)

Assalamualaikum.



Assalamualaikum bakal imam ku..


Awak...
Berfikir panjang jugak saya nak tulis surat ni. Yer la, tulis surat pada awak yang saya sendiri tidak pasti benarkah awak. Awak tahu, saya tak pernah tulis surat cinta sebelum ni, hu. Ini dikira warkah cinta ke? Awak tahu, berdebar hati saya nak tulis surat ni Awak jangan gelak pula. Tak baik taw. Hee~

Awak,
Saya masih tertanya-2 siapalah diri awak yang Allah dah ciptakan sebagai pelengkap hidup saya, imam dalam sujud saya padaNya, pelengkap senyuman dan tangisan saya, bakal Ayah kepada anak-2 saya. Siapakah dirimu wahai bakal suamiku? Adakah sebelum ni kita pernah bertemu? Adakah kita pernah berbalas senyum? Adakah kamu benar-2 anugerah Allah buatku? Sungguh, sungguh saya tak tahu rahsia Allah. Hanya Allah yang tahu.

Awak..
Sebenarnyakan, saya janggal nak berbahasakan diri sebagai saya atau berawak dan bersaya. Sungguh saya terasa ayat saya ni macam orang-2 dahulu menulis surat cinta walaupun saya tak tahu macam mana orang-2 dulu bercinta. Jadi izinkan saya berAku dan berKau dalam surat ni. Aku janji, lepas jer kita diijabkabulkan nanti, akan ku panggil kau dengan panggilan Abang, sayang, hubby, manja, buncit, pacik atau sama waktu dengannya. Aku sedar aku juga romantik. Cewahhh.

Bakal suamiku,
Untuk pertama kalinya, aku mohon maaf darimu sekiranya sebelum aku menikahimu, auratku tidak terjaga dengan sempurna, akhlak ku, tutur kata ku dan segala perbuatanku sebelum bertemu denganmu, mohon maafkanlah diri ini. Mungkin sewaktu aku menulis ini, kau ada menyimpan hati pada wanita lain. Aku tak kisah sebab aku tahu kau juga mencari jodoh yang sesuai sebelum bertemu dengan aku tapi bakal imamku, aku mohon, kawallah dirimu agar jangan sampai terlanjur melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah..

Aku tahu aku juga tidak sebaik muslimah yang lain dan sering kali tewas dengan bisikan syaitan, didunia yang tanpa sempadan ni, aku akui aku tertewas. Aku terpengaruh dengan maksiat disekeliling tapi ketahuilah, aku dah berubah sekarang dan sekarang pun, aku masih berada dalam proses perubahan, berubah lagi baik dari kehidupan aku yang dulu dan aku mengharapkan, sewaktu aku bertemu denganmu nanti, aku sudah menjadi wanita solehah yang melengkapi kekuranganmu dan engkau melengkapi kekuranganku dengan kelebihanmu. Kadang-2 aku terfikir, adakah engkau dapat menerima aku yang penuh dengan dosa dan noda ini untuk menemani perjalanan hidupmu?

Bakal suamiku,
Sungguh aku bukan seperti gadis-2 yang engkau pernah kenal dan hadir dalam hidupmu.. aku tidak memiliki rupa paras yang cantik, harta jauh sekali dalam igauanmu, aku serba serbi kekurangan.. sungguh aku akui, aku takut jika kau tidak dapat menerima kekurangan yang ada pada aku. tapi demi Allah, sungguh aku mahu engkau membimbingku dan menerima aku seadanya.

Iimam yang ku tunggu,
To tell you the truth, kau bukanlah lelaki yang pertama hadir dalam hidupku. sungguh aku menyesal kerana memberikan cintaku pada orang yang salah sebelum aku menikahimu. Maafkanlah aku jika kau bukan orang yang pertama yang bertakhta dihati ini. Dalam perjalananku untuk bertemu denganmu, mungkin sudah banyak kali aku tergelincir menyebut ungkapan I LOVE YOU pada orang lain sebelum hadirnya dirimu menjadi imamku. Maaf kerana aku cuai, bakal suamiku.

Mr.right Imam,
aku tak mengharapkan engkau sesempurna contoh suami terbaik, Rasullah SAW tapi aku mahu engkau mengamalkan sunnah Beliau sekadar yang engkau mampu. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang tak pernah aku dapat dari orang lain sebelum aku berjumpa denganmu. ketahuilah bakal suamiku, aku banyak menangisi sikap mereka yang sering tidak menghargai kehadiran aku dalam kehidupan mereka dulu. Aku tahu lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu jugalah sebaliknya. Untuk dapatkan yang terbaik, aku juga harus menjadi yang terbaik. Mohon bersabarlah, aku sekarang sedang berubah.

Bakal suamiku,
Mungkin selepas kahwin, aku mahu terus belajar dan ingin berkerja. Harap engkau mengizininya. Aku mahu membalas jasa ibuku dengan meringankan bebannya. Aku bukan datang dari keluarga yang berada. Sabarlah, akan ku ceritakan perjalanan kisah hidupku bila aku sudah bergelar isterimu. Aku mahu engkau melindungi aku, melindungi maruahku. Sudi ke kau nanti? Aku serahkan pada Allah...

Kau tahu, aku berharap kau tak merokok. Sebab aku cepat lelah bila terhidu bau asap rokok tu. Kalau kau ditakdirkan merokok, please merokok jauh-2 tapi aku berharap, janganlah ada tabiat merokok tu. Tak elok untuk kesihatan dan sekiranya kau ni jenis suka makan. Harap bersabar, sebab aku ni jenis suka masak tapi tak pandai meneka masin atau manis. Sebab tu selama ni, bila aku memasak, adik aku a.k.a bakal adik ipar mu menjadi assistant ku didapur dan aku berharap, kau dapat menolongku didapur nanti..hehehe jangan malas-2 bang, nanti tak dapat makan... okey?

Kalau aku mengemas rumah, sudi-2 dan ringan-2kanlah tangan dan kakimu untuk menolongku. Aku nak sangat, kau tolong aku masak atau basuh pinggan ke apa ke kan, bukankah orang kata, berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing...? Arghh... peribahasa BM aku fail! Kalau aku memasak, terlebih garam atau gula ke apa, please.... jangan kutuk aku kaw-2 secukup rasa...

''sayang.. nanti improve kan lagi masakan sayang nie tau, terlebih garam sikit.. overall, sedap dah nie... cuba lagi lain kali yer?''

Walaupun teguran kau tu seperti chef wan, sekurang-2 aku dapat terima nanti sebab kau polite cara teguran tu... serious, jangan ucap camnie.. ''mak oiii!! lori garam ada terlibat dengan mana2 kemalangan ker?? masin nya! tak sedap!!!'' atau ayat2 yang lain..seriously, kalau kau ucapkan ayat keramat camtu, banjir rumah kita nanti dengan tangisan aku. Oh ye, aku ni cengeng orgnye. Kuat menangis. Sensitif katakan. Aku mudah terasa hati walaupun mungkin bagimu, kamu tidak melakukan silap apapun. Harap sabar melayan kerenahku ini.

Dan kalau boleh, aku nak tiap-2 solat kita berjemaah, baca al-quran sama-2 dan kalau boleh, dalam rumah kita nanti, akan ada satu bilik khas untuk kita beribadat pada Allah, boleh sediakan tak? Aku nak kau hormati keluarga aku dan aku juga akan menghormati keluarga kau...

Lepas tu kan, aku nak sangat kita.. adei, stop2!! Aku tak mahu dah beritahu kau apa yang aku harapkan dalam rumah tangga kita. Biarlah sedikit jer aku luahkan sebab aku merancang nak beritahu kau lagi lepas kita kahwin tapi sebagai balasannya aku akan patuh dan taat kepada kau. Aku tahu, tanggungjawab suami lagi berat sebab nanti bila dah kahwin dan ada anak, segala dosa kami, kau yang tanggung. Aku janji aku akan jadi isteri yang solehah dan menjadi ibu yang boleh mendidik anak-2 kita dengan sebaiknya, sebab aku tak mahu menjerumuskan orang yang aku sayang ke lembah neraka.

Aku janji akan jaga makan minum kau tapi tak kan biarkan kau jadi boroi. Kalau terjadi keboroian, aku akan pastikan kita sama-2 exercise tiap-2 petang. Huh, aku tak mahu kau sakit sebab obesiti dan so on. Dan aku juga berjanji, lepas kahwin dan tika saat kau ucapkan akad, aku berjanji, rahsiamu menjadi rahsiaku. Aku tidak akan sesekali melanggar perintahmu dan menyebarkan rahsiamu.

Dan aku mohon bersabarlah dengan perangai ku yang sedikit manja dan kebudak-budakan ni dan awak, saya minat tengok cerita kartun dan amacam-2 lagi, mohon bersabar denganku dan janganlah memerli saya . Saya ni kadang-2 je bebudaknye, selebihnya saya matang. Saya ni minat jiwang, sbb tu saya kuat tacing. Haha. Janganlah gaduh-2 yer, awak kan kesayangan saya. Hehe

Dari hati yang tulus ikhlas buat bakal suami ku yang aku tak tahu lagi siapa gerangan nya yang Allah dah catatkan di Loh Mahfuz, terimalah diri ku seadanya. Dengan lafaz Bismillahirohmanirrahim, kubukakan pintu hati ini menerima mu dengan seadanya...

Salam rindu :
NUR ASHIKIN BINTI ALMI




*salinan asal dari : Miss Red Apple's Diary*

Thank you for visiting here :)

Sunday, February 5

Sweet Moments ♥

Assalamualaikum.

*gambar hiasan

Salam semua :D

Okay jom aku story mory kat kome utk aktvti aku stu hari ni. Heee :))

First, aku keluar dlm pkul 12 lbih g uma tasya. pastu tgu tasya ngn mak dy siap, then tggu bus mcm biasa. hihi :)

Tmpt prtama aku gy, JJ. So shopping. Tasya na beli hadiah valentine utk Hazim. Acecec. Haha. Lpas tu nak karok, tudiaaa aihh, FULL BOOKING. So aku dgn hampanya. Erhhh tapi bila Tasya unsurkan pegy GM, perhh brsemangat aku balik. Haha. Tapi kome byg le, pegy GM, dah mcm rasa aku duk kat Jakarta. Ramai sgt indon kot -.-'

Ta jadi ah. Haha, then jalan kaki pergi OTK, yg dekat OldTown tu. Tudiaaa karoke 3 jam kot. Perhh jgn ckp, bpe byk lagu aku melalak. Haha lepas sume tension, lepas sume sedih. Huuu. Lepas tu merayap Parade jap. Tasya na tengok kasut ap nta. Hu aku ikut je la. Then na blik, sblum balik, pergi Secret Recipe pulak. Tasya belanja kek :)

So aku pun balik. So that is the end of my beautiful day :) Thanks a lot to Tasya and her mum ♥♥

Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH