Thursday, February 23

Allah telah menjemput adik Faris Nur Danial. Al-fatihah .

Assalamualaikum.

Arwah Faris Nur Danial dlm ingatan :')

Salam petang.

Akhirnya berakhirlah penderitaan adik Faris Nur Daniel yang bertarung nyawa untuk meneruskan hidup dengan bantuan oksigen selepas disahkan menghidap HLH (Haemophagocytic Lymphohistiocytosis) iaitu sejenis Kanser Darah dimana akhirnya Allah telah menjemputnya kembali pada jam 10.18 pagi tadi.




Adik Faris Nur Danial bergelut selama 23 hari di Sime Darby Medical Center dan hanya doa mampu aku hadiahkan.

Dibawah merupakan komen yg seorg pembaca berikan. Aku petik dari blog Pen Merah .

Alhamdulillah berakhir sudah penderitaan si anak kecil..kita tak mungkin akan tahu bagaimana sakitnya kemoterapi, bagaimana sakitnya badan kita kerana barah. Terngiang-ngiang di fikiran gambar titisan air mata arwah Faris. Kalau anak saya Sabrina kena demam pun saya sedih, kena cucuk vaksin pun saya sedih, amik darah sikit untuk test darah takut kena viral infection pun sedih. Apa lagi sakit yang berpanjangan yang dialami oleh arwah- memang tak keruan kita sebagai parentsnya. Sebab itulah parents mana pun tak nak anak dia sakit lama-lama.

DAN kita ada Allah. Kalian boleh bergembira kerana Faris terlepas dari dosa dan maksiat di dunia ini. Kalian boleh bersyukur kerana Faris sudah terselamat.

Jangan menitiskan air mata kerana Faris terselamat dari ujian dunia. Bergembiralah kerana Faris terselamat dan terus ke syurga. Bahagianya jika kita tahu anak kita confirm dapat syurga, terlepas seksa neraka.

Sedih. Tetap sedih dan hiba.


P/s: Al Fatihah buat adik Faris. Sesungguhnya syurgalah tempatnya :')

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH