Sunday, February 12

Warkah cinta buat bakal suamiku :)

Assalamualaikum.



Assalamualaikum bakal imam ku..


Awak...
Berfikir panjang jugak saya nak tulis surat ni. Yer la, tulis surat pada awak yang saya sendiri tidak pasti benarkah awak. Awak tahu, saya tak pernah tulis surat cinta sebelum ni, hu. Ini dikira warkah cinta ke? Awak tahu, berdebar hati saya nak tulis surat ni Awak jangan gelak pula. Tak baik taw. Hee~

Awak,
Saya masih tertanya-2 siapalah diri awak yang Allah dah ciptakan sebagai pelengkap hidup saya, imam dalam sujud saya padaNya, pelengkap senyuman dan tangisan saya, bakal Ayah kepada anak-2 saya. Siapakah dirimu wahai bakal suamiku? Adakah sebelum ni kita pernah bertemu? Adakah kita pernah berbalas senyum? Adakah kamu benar-2 anugerah Allah buatku? Sungguh, sungguh saya tak tahu rahsia Allah. Hanya Allah yang tahu.

Awak..
Sebenarnyakan, saya janggal nak berbahasakan diri sebagai saya atau berawak dan bersaya. Sungguh saya terasa ayat saya ni macam orang-2 dahulu menulis surat cinta walaupun saya tak tahu macam mana orang-2 dulu bercinta. Jadi izinkan saya berAku dan berKau dalam surat ni. Aku janji, lepas jer kita diijabkabulkan nanti, akan ku panggil kau dengan panggilan Abang, sayang, hubby, manja, buncit, pacik atau sama waktu dengannya. Aku sedar aku juga romantik. Cewahhh.

Bakal suamiku,
Untuk pertama kalinya, aku mohon maaf darimu sekiranya sebelum aku menikahimu, auratku tidak terjaga dengan sempurna, akhlak ku, tutur kata ku dan segala perbuatanku sebelum bertemu denganmu, mohon maafkanlah diri ini. Mungkin sewaktu aku menulis ini, kau ada menyimpan hati pada wanita lain. Aku tak kisah sebab aku tahu kau juga mencari jodoh yang sesuai sebelum bertemu dengan aku tapi bakal imamku, aku mohon, kawallah dirimu agar jangan sampai terlanjur melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah..

Aku tahu aku juga tidak sebaik muslimah yang lain dan sering kali tewas dengan bisikan syaitan, didunia yang tanpa sempadan ni, aku akui aku tertewas. Aku terpengaruh dengan maksiat disekeliling tapi ketahuilah, aku dah berubah sekarang dan sekarang pun, aku masih berada dalam proses perubahan, berubah lagi baik dari kehidupan aku yang dulu dan aku mengharapkan, sewaktu aku bertemu denganmu nanti, aku sudah menjadi wanita solehah yang melengkapi kekuranganmu dan engkau melengkapi kekuranganku dengan kelebihanmu. Kadang-2 aku terfikir, adakah engkau dapat menerima aku yang penuh dengan dosa dan noda ini untuk menemani perjalanan hidupmu?

Bakal suamiku,
Sungguh aku bukan seperti gadis-2 yang engkau pernah kenal dan hadir dalam hidupmu.. aku tidak memiliki rupa paras yang cantik, harta jauh sekali dalam igauanmu, aku serba serbi kekurangan.. sungguh aku akui, aku takut jika kau tidak dapat menerima kekurangan yang ada pada aku. tapi demi Allah, sungguh aku mahu engkau membimbingku dan menerima aku seadanya.

Iimam yang ku tunggu,
To tell you the truth, kau bukanlah lelaki yang pertama hadir dalam hidupku. sungguh aku menyesal kerana memberikan cintaku pada orang yang salah sebelum aku menikahimu. Maafkanlah aku jika kau bukan orang yang pertama yang bertakhta dihati ini. Dalam perjalananku untuk bertemu denganmu, mungkin sudah banyak kali aku tergelincir menyebut ungkapan I LOVE YOU pada orang lain sebelum hadirnya dirimu menjadi imamku. Maaf kerana aku cuai, bakal suamiku.

Mr.right Imam,
aku tak mengharapkan engkau sesempurna contoh suami terbaik, Rasullah SAW tapi aku mahu engkau mengamalkan sunnah Beliau sekadar yang engkau mampu. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang tak pernah aku dapat dari orang lain sebelum aku berjumpa denganmu. ketahuilah bakal suamiku, aku banyak menangisi sikap mereka yang sering tidak menghargai kehadiran aku dalam kehidupan mereka dulu. Aku tahu lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu jugalah sebaliknya. Untuk dapatkan yang terbaik, aku juga harus menjadi yang terbaik. Mohon bersabarlah, aku sekarang sedang berubah.

Bakal suamiku,
Mungkin selepas kahwin, aku mahu terus belajar dan ingin berkerja. Harap engkau mengizininya. Aku mahu membalas jasa ibuku dengan meringankan bebannya. Aku bukan datang dari keluarga yang berada. Sabarlah, akan ku ceritakan perjalanan kisah hidupku bila aku sudah bergelar isterimu. Aku mahu engkau melindungi aku, melindungi maruahku. Sudi ke kau nanti? Aku serahkan pada Allah...

Kau tahu, aku berharap kau tak merokok. Sebab aku cepat lelah bila terhidu bau asap rokok tu. Kalau kau ditakdirkan merokok, please merokok jauh-2 tapi aku berharap, janganlah ada tabiat merokok tu. Tak elok untuk kesihatan dan sekiranya kau ni jenis suka makan. Harap bersabar, sebab aku ni jenis suka masak tapi tak pandai meneka masin atau manis. Sebab tu selama ni, bila aku memasak, adik aku a.k.a bakal adik ipar mu menjadi assistant ku didapur dan aku berharap, kau dapat menolongku didapur nanti..hehehe jangan malas-2 bang, nanti tak dapat makan... okey?

Kalau aku mengemas rumah, sudi-2 dan ringan-2kanlah tangan dan kakimu untuk menolongku. Aku nak sangat, kau tolong aku masak atau basuh pinggan ke apa ke kan, bukankah orang kata, berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing...? Arghh... peribahasa BM aku fail! Kalau aku memasak, terlebih garam atau gula ke apa, please.... jangan kutuk aku kaw-2 secukup rasa...

''sayang.. nanti improve kan lagi masakan sayang nie tau, terlebih garam sikit.. overall, sedap dah nie... cuba lagi lain kali yer?''

Walaupun teguran kau tu seperti chef wan, sekurang-2 aku dapat terima nanti sebab kau polite cara teguran tu... serious, jangan ucap camnie.. ''mak oiii!! lori garam ada terlibat dengan mana2 kemalangan ker?? masin nya! tak sedap!!!'' atau ayat2 yang lain..seriously, kalau kau ucapkan ayat keramat camtu, banjir rumah kita nanti dengan tangisan aku. Oh ye, aku ni cengeng orgnye. Kuat menangis. Sensitif katakan. Aku mudah terasa hati walaupun mungkin bagimu, kamu tidak melakukan silap apapun. Harap sabar melayan kerenahku ini.

Dan kalau boleh, aku nak tiap-2 solat kita berjemaah, baca al-quran sama-2 dan kalau boleh, dalam rumah kita nanti, akan ada satu bilik khas untuk kita beribadat pada Allah, boleh sediakan tak? Aku nak kau hormati keluarga aku dan aku juga akan menghormati keluarga kau...

Lepas tu kan, aku nak sangat kita.. adei, stop2!! Aku tak mahu dah beritahu kau apa yang aku harapkan dalam rumah tangga kita. Biarlah sedikit jer aku luahkan sebab aku merancang nak beritahu kau lagi lepas kita kahwin tapi sebagai balasannya aku akan patuh dan taat kepada kau. Aku tahu, tanggungjawab suami lagi berat sebab nanti bila dah kahwin dan ada anak, segala dosa kami, kau yang tanggung. Aku janji aku akan jadi isteri yang solehah dan menjadi ibu yang boleh mendidik anak-2 kita dengan sebaiknya, sebab aku tak mahu menjerumuskan orang yang aku sayang ke lembah neraka.

Aku janji akan jaga makan minum kau tapi tak kan biarkan kau jadi boroi. Kalau terjadi keboroian, aku akan pastikan kita sama-2 exercise tiap-2 petang. Huh, aku tak mahu kau sakit sebab obesiti dan so on. Dan aku juga berjanji, lepas kahwin dan tika saat kau ucapkan akad, aku berjanji, rahsiamu menjadi rahsiaku. Aku tidak akan sesekali melanggar perintahmu dan menyebarkan rahsiamu.

Dan aku mohon bersabarlah dengan perangai ku yang sedikit manja dan kebudak-budakan ni dan awak, saya minat tengok cerita kartun dan amacam-2 lagi, mohon bersabar denganku dan janganlah memerli saya . Saya ni kadang-2 je bebudaknye, selebihnya saya matang. Saya ni minat jiwang, sbb tu saya kuat tacing. Haha. Janganlah gaduh-2 yer, awak kan kesayangan saya. Hehe

Dari hati yang tulus ikhlas buat bakal suami ku yang aku tak tahu lagi siapa gerangan nya yang Allah dah catatkan di Loh Mahfuz, terimalah diri ku seadanya. Dengan lafaz Bismillahirohmanirrahim, kubukakan pintu hati ini menerima mu dengan seadanya...

Salam rindu :
NUR ASHIKIN BINTI ALMI




*salinan asal dari : Miss Red Apple's Diary*

Thank you for visiting here :)

2 comments:

Nurain How @ Nurain Mohd Arif said...

Indahnya ayat...ami kan permintaan pemilik blog ni ya Allah..amin....so suweetttt

Ekin Anasha :) said...

Terima kasih :) Hanya pinjaman ayat. Sumber asal dari link yg dinyatakan di akhir ayat :) InsyaAllah amin :D

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH