Thursday, March 22

Hasil usaha :)

Assalamualaikum.



 

Alhamdulillah. Semalam pergi sekolah then takut jugak ambik result tau. Ngeri. Tgok budak dorm semua dh pegang result. Eeeii takut, then aku npk Leeya, dia dpt 3A. fuh brtmbh takut aku. Aku pun beranikan diri gy jpe cikgu Nodiana ;)

Mula-2 dtg kat cikgu, ambik result. Tga ckgu godek-2, Puan Salmah tetibe dtg. Patsu dia ckp 'Eh shikinn, okay let me see, you got A for science. Congrats. Lepas ni jpe sy, na kasi hadiah. Aku pun mcm, wahhh ta pcye. huu. then aku pun dpt slip.... lepastu T___T Dpt-2 aku mmg ta pndg nama ta pndg apa, terus check A. Huuu 2A je tau. pastu Addmath aku tengok G, gagal. Aku terus call mak aku, aku ckp la, sedih semua. Tibe-2 tga mengadu dgn mak aku, aku terrrrr nmpk nama yg lain. Rupa-2nya tu BUKAN SLIP SPM AKU laaaa. Cis tertipu. aku dh na nanges tauuu.

Aku laju terus pergi kat cikgu, pastu aku ckp, CIKGU, NI BUKAN SAYA PUNYA! Cikgu pun ha bukan awk punya? Hishhh, rupanya tu slip sape nta yg nama dia ad tulis SHIQQIN. Lebih kurg tapi bukan ASHIKIN ;)

Last-2 terus cikgu check-2, ckgu kata laa, SHIKIN, SLIP AWK TADE LAAA. TAHNIAH YA. AWK DPT 5A :)

*muka mintak kaki*

Alhamdulillah. Result penuh aku LULUS. Addmath je teruk, E tapi masih lulus.

5A1B2C1E  <- SYUKUR TERAMAT-2. :')

Thank you for visiting here :)

Debaran melanda ~

Assalamualaikum.
 


Haiii. Ye aku tahu dah lama gile aku tinggal blog ni kan. Hm mmang kesian. Bukan apa, ad prob sikit dgn wifi aku. Kejap 3 lampu, pastu kelip-2 satu lampu. Benci kan? Huhh. Pastu mak aku call centre dy, hm org tu ckp sistem diorg ad problem and blablabla. 

So besok mcm satu Malaysia tahu, tmbh lagi yg sebaya aku, RESULT SPM bakal diumumkan. So, please jgn tanya aku berapa aku target. Heeehhh. Debar tak debar lha ye. Esok baru ketar lutut aku. Huu kaylha. So wifi aku na buat hal tu, aku wish GOOD LUCK dekat semua LEPASAN SPM 2011. Kaybye ;)

Thank you for visiting here :)

Friday, March 9

Bila seorang lelaki menjadi kawan baik (:

Assalamualaikum.
 
 
 *gambar hiasan*

Setiap hari pun aku ckp psl kawan baik kan? Hehe harini aku na ckp psl EZAD a.k.a kwn baik lelaki aku (:

dy ta handsome. selalu mengaku diri dia farid kamil kahkahkah

Tarikh kenal (:

Aku kenal dia ni tahun lepas tau. Tarikh aku tak egat, tapi yg sure, tarikh aku start kwn dgn dia adalah tarikh dimana aku tengah buat kerja jahat kt asrama. Haha sbb apa ye, ops. Biarkan. Haha

Cara kenal (:

Silap nombor. Haha lawak k lawak. Simple je kan cara kitaorg ter'kenal'. Aku ah salah num. Act maybe betul, num aku skg ni adalah num mbe dia. Sbb num yg ak pakai ni aku ambik dari bpk aku. Haha sape punya entah ak rembat. Bukan sim nama aku tu. So, dari aku ckp salah nombor, dia pun mcm dah tahu ak ni perempuan, mula lha kan modus operandi dia nak mengayat bagai. Aku ta lyn beb. Serius *berlagak*
Tapi mlm tu aku ta boleh tidur~ Then aku pun dgn kegatalan yg melampau *kesian* tergodek-2 contact kt hp then 'ter'misscall dia. Haha boleh pulak terr. Okay korg, masa tu pkul 3 pagi k. So, ak bajet mcm dia dh tidur lha kot kan. Tibe-2 vibrate hp aku. Kelibut aku. Hihi dia balas. Aku just hantar "kau tdur dah ke der"
Dia bls "belum, lepak mamak." Eh eh tetibe mesra plak msj kan. Ntah pape -.-

So bermula lha aku bersoal jwb, dia tetap ta puas hati tau. Dia ckp num ak mesti ad katan dgn dia sbb dia SAVE num aku tu. Terkejut badak aku. Bebenor dia SAVE. Aku tnye ah dy save dgn nama apa. Dia ckp nama kat hp dia ap nta. Tapi mmg pelik. Dia save sbgi nama kedai tau. Dia ckp sbbnye dia ingat mse num aku tu call dia, dia dekat restoran tu. Restoran yg dia save num aku tu. Paham tak? Buat-2 phm ;)

Ak pun mls nak amek tahu, ak ckp ah lantak ah. Gasak situ. Hihi. Smpi skrg kami kwn. Dari sebelum dia coup dgn awek dy smpi dia dah msuk 4 bulan dgn awek dy skg (; So, dia ni mmg gila. Dulu punya rpt smpi panggilan pun taley bla, yunk + babe -.-' sgt cannot go. haha

Tapi since dia ad awek, ak pun ckp, pgil la pgilan lme -> wa + lu :)

Dia ckp setiap hari dia wajib msj ak even msj tu ta dibalas aku sbb mnurut dia, AKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP DIA. Derrrrrrr awek dia ceruk mana? Dahsyat sgt tu. Haha apapun mmg terharu. Aku gaduh dgn Tasya itu hari, aku cerita kat dia. Nangis-2 yg taley bla tu. Haha. Dia ckp, 

Ezad : Lu bangang, yg tulis status cm cibei tu knpa?
Aku : Wa ta sengaja, pkir kepala wa je. Mana nak tahu dia terasa. *nada tersedu-2*
Ezad : Memang, padan muka lu. *kejam*
Aku : Ta suka lu. *geram*
Ezad : Haha tu baru kwn, hentam dlu baru kasi relax.
Aku : Apa wa na buat ni? Msj dah, ta bls, hntar kt wall dh, dia like je -.-
Ezad : Pergi rumah dia. Settle. Beb, MU lwn mlm ni. Teman wa. *tak guna Ezad*
Aku : B*b* la lu. Benciiii.
Ezad : Hahahahahahahaha.

So, sweet kan? Ta guna. Tapi entah kenapa, aku tenang lepas luah kat dia. Sebab dekat dia je wa boleh mencarut. Haha jahat kan? Okay la tu. Ezad carut aku lagi dahsyat tau. Benci -.-
Okay la, aku nak tengok tv. Haha Ezad mmg tertanya-2. Aku ckp kat dia, ak na gosip psl dia kat blog. Dia tanya byk kali. Haha nasib lu kan. Lu kan ta reti bukak blog wa. Hihi. Peace yo XD
 

Thank you for visiting here :)

Thursday, March 8

Bahagianya kawin mudaaa ;)

Assalamualaikum.


♥ KAHWIN AWAL LEBIH BAIK ♥

LELAKI mana yang datang kepada si perempuan untuk TUJUAN BERCINTA dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah FASIQ. Berbeza jika lelaki itu datang untuk MELAMARNYA dan MEMINTA IZIN dengan ibubapa perempuan tersebut, maka lelaki itu jauh LEBIH BERAGAMA DAN LEBIH BERMARUAH.


*Lelaki yang benar-benar MENCINTAI kamu adalah lelaki yang BERGERAK ke arah PERKAHWINAN dengan segera ♥ :)

Haiiiiiii. Hehe. So, kali ni ak na ckp psl kawin muda. In other word, kawin awal or kawin di usia muda or.. ahh phm-2 la korg. Haha. Tadi ak sje la kan jadi stalker. Haha, then terlihat satu status dari sorg awek. 


Membaca status ni, ak mcm tertanya, habis tu sebelah dia tu bapak dia kot. Atau abang dia. Aku pun stalk-2 tengok-2 errr itu yg relay dgn dia dekat fb. Jadi status tu? Jadi sebenarnya tu suami dia??? OMG. Melihatkan wajah si gadis, sumpah aku ta tipu hangpa, memang mcm sebaya aku derrrrrr. Dan aku cuba lha stalk fb laki tu pulak. Relay depa married tau. Ala biasa la sekarang, mcm-2 relay pun boleh buat kan. Hmmm dan stalk punya stalk. Aku jumpa mmat ni ada blog, aku bukak ah blog dia. Korg na baca? Ni -> SINI. Niat aku bagi bukan niat jahat. Aku kagum dgn mmat ni. Memang betul itu isteri dia. Tersenyum jugak ak baca coretan mmat ni psl isteri dia. 

Dan ternyata isterinya itu sebaya aku. Melihatkan coretannya di blog, aku dpt agak sememangnya dia sebaya aku. 18 tahun ;) 


*menurut kajian aku, sek vokasional hanya menempatkan pelajar ting 4 dan 5. Ini bermakna tahun 2010 dan 2011, gadis ini berada di ting 4 dan 5. So sebaya aku lha tahun ni ;)

So, aku kira nak tabik spring lha dekat budak ni and her husband. Suami dia masuk minang simple gile derrrr. Serius aku jelly gila dgn budak ni. Suami dia tak ragu-2. And you know what, diorg berkenalan di FACEBOOK tau :) 

Sgt sweet. And sgt jelly. Bukan dengki kay. Semoga pernikahan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Insyaallah. 

p/s: shuperman, sila contohi lelaki itu :p

Thank you for visiting here :)

Tuesday, March 6

A HEART TOUCHING LOVE STORY ♥

Assalamualaikum.



Berikut kat bawha ni, lirik lagu yg dlm video ni yang ekin sendiri translate bahasa melayu :)

Adalah mustahil untuk memahami apa yang berlaku melalui hati seorang lelaki,
Awak memberitahu saya bahawa awak mahukan saya dan sekarang, setelah saya memberikan awak segalanya, awak beritahu saya awak akan meninggalkan saya,
Awak memberitahu saya bahawa ia adalah kali pertama awak merasa sebegini, dan berkata bahawa saya adalah istimewa,
Saya percayakan awak .. dan ia adalah kebahagiaan saya,

Awak sepatutnya memberitahu saya bahawa perasaan awak telah pudar,
Saya tidak tahu apa yg patut saya katakan, dan saya terus bergantung kepada awak,
Walaupun saya mengatakan saya membenci awak sekarang, saya akan rindukan awak,
Kerana saya seorang gadis dimana bagi saya cinta adalah segala-galanya,

Mereka mengatakan bahawa jika saya memberikan seorang lelaki semua perkara yang dia mahu, dia akan cepat bosan,
Dan sekarang saya tahu bahawa ianya benar dan walaupun saya memberitahu kepada diri saya, saya tidak akan ditipu oleh cinta lagi,
Saya jatuh cinta, dan hati saya hancur lagi,

Awak sepatutnya memberitahu saya bahawa perasaan awak telah pudar,
Saya tidak tahu apa yg patut saya katakan, dan saya terus bergantung kepada awak,
Walaupun saya mengatakan saya membenci awak sekarang, saya akan rindukan awak,
Kerana saya seorang gadis dimana bagi saya cinta adalah segala-galanya,

Mereka mengatakan bahawa apabila anda memberikan seorang lelaki semua dia mahu dia cepat bosan,
Dan sekarang saya tahu bahawa kebenaran dan walaupun saya memberitahu kepada diri saya, saya tidak akan ditipu oleh cinta lagi,
Mereka mengatakan bahawa jika saya memberikan seorang lelaki semua perkara yang dia mahu, dia akan cepat bosan,
Dan sekarang saya tahu bahawa ianya benar dan walaupun saya memberitahu kepada diri saya, saya tidak akan ditipu oleh cinta lagi,
Saya jatuh cinta, dan hati saya hancur lagi,

Awak sepatutnya memberitahu saya bahawa perasaan awak telah pudar,
Saya tidak tahu apa yg patut saya katakan, dan saya terus bergantung kepada awak,
Walaupun saya mengatakan saya membenci awak sekarang, saya akan rindukan awak,
Kerana saya seorang gadis dimana bagi saya cinta adalah segala-galanya,

Tolong jangan hancurkan hati gadis-gadis, yang akan berbuat apapun untuk cinta ..
Saya tidak tahu bahawa hidup ini ketika disayangi akan menjadi keras,
Walaupun saya mengatakan saya membenci awak sekarang, saya akan rindukan awak,
Kerana saya seorang gadis dimana bagi saya cinta adalah segala-galanya,

Walaupun saya mengatakan saya membenci awak sekarang, saya akan rindukan awak,
Kerana saya seorang gadis dimana bagi saya cinta adalah segala-galanya,

"Hari ini kita berpisah, awak menyuruh saya untuk bertemu dengan seseorang yang lebih baik daripada awak, dan hidup gembira. Awak sama seperti semua lelaki lain. Apa yang  berlaku apabila awak sewaktu memberitahu saya bahawa awak menyayangi saya? Secara jujur, saya tidak mahu awak hidup gembira. Apa yang saya akan lakukan jika awak benar-benar lupa tentang saya? Saya benar-benar merasa sakit, lebih sakit daripada apa yang saya pernah alami. Kerana saya masih cinta akan awak."

Tolong jangan hancurkan hati gadis-gadis, yang akan berbuat apapun untuk cinta ..

"Ada seseorang yang saya sangat cinta dengannya. Walaupun saya tidak boleh bersamanya lagi. Saya tetap akan mencintai dia."


Thank you for visiting here :)

When it's gone, you have to let it gone :')

Assalamualaikum.


Hm aku give up weh :'(
Aku cuba nak yakinkan kau aku ta pernah ada niat nak lukakan hati kau. Aku cuba utk leraikan semua kekusutan ni, tapi aku ta mampu weh. Aku tengok kau pun dah happy sekarang. Kau dah boleh tersenyum. Even aku pun senyum tengok kau senyum. And aku tahu, even aku dah tade dlm hidup kau lepas ni, aku tahu kau masih boleh bahagia. Kau ada H utk tengokkan kau. Kau masih ada mak kau utk sentiasa memberi semangat dekat kau. Aku cuma insan yg menagih kasih syg dri kau. Jadi sudah masa utk aku biarkan kau happy. Bukan aku tak sayang kau weh. Sayang sgt. Syg sgt-2 :'( Susah aku nak lupakan semua psl kita. Sukar utk aku buat TAK KENAL KAU lepas ni. Susah utk aku tak ambil tahu apapun pasal kau. Susah.


Walaupun aku tahu kau takkan baca dah blog ni, tapi aku tetap tulis seolah kau baca. Aku rindukan kau. Teramat rindu. Aku cuma mampu berdoa yg Allah akan sentiasa berkati kau. Cukupla doa aku yg mengiringi kau :'(


Maafkan aku sekali lagi. Tu je yg mampu aku ckp. Aku takkan ggu kau lagi. Ak tahu kau syg aku kan? :')
Aku pun weh. Aku mintak maaf atas semuanya. Silap aku kan. Maafkan aku ye. :'(

Thank you for visiting here :)

Friday, March 2

Siapa kata jadi perempuan itu senang? Allah maha adil ♥

Assalamualaikum.


Siapa kata jadi perempuan tu senang?

Nak kena tutup sana, tutup sini.
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
Perempuan, stoking pun kena pakai.

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Konfem tak tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jerrr.
Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?

Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pon susah
Cuba tengok budak lelaki, selamber jerr
Kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jerr
Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

Hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?

 Hati mereka Allah jadikan lembut betul
 Cepat je sensitif
 Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa
 Lelaki lepas putus cinta cepat jerrr cari yang baru
 Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yg paling teruk menangis?
 Perempuan kan? Lelaki boleh gelak-gelak lagi
 Lembut tak lembut hati perempuan
 Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
 Diorang cakap, Allah tak adilkenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kene dengar cakap suami?
 Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
 Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'.
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
 Mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

 Kesian kan dekat perempuan?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri

 Mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil

Persoalannya sekarang?

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
 Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami
 Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
 Tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
 Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
 Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
 Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
 Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan?
Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat
 Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
 Banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
 Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
 Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
 Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
 Perempuan senang nak masuk syurga

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

 Wahai kaum hawa, sedarlah
 Betapa sayangnya Allah padamu
 Betapa cintanya Allah padamu.
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
 Bayangkan dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
 Dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan?


Wahai wanita, nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu. Kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikut perintahya. Pernah kah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum wanita yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.


YA ALLAH,
Kau ampunkanlah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah,
Kau berilah kami akan jalan yang lurus,
Kau kuatkanlah iman kami.



 Peringatan untuk aku juga. Insyaallah :')


Entry asal : MEYYA :)

Thank you for visiting here :)

Thursday, March 1

Satu persatu ♥

Assalamualaikum.


Haaa tengok le tuuu. Haha satu impian aku dari WISHLIST ni dah pun tercapai. Yg no 2. Hihi mendapatkan lesen P utk kereta dan mtor :D

So lepas ni, na kerja snang kan. Aku harap mak aku bagi le ak gi amek result naik kereta. Yipppiiii ^^v
Hm tapi gembira ni cikit je, sbb ak sedih gak :(


Memang la, sdgkan aku na kapel balik dgn shuperman pun ak nak pendapat bestfriend ak nii. Org ckp, utk apa ak mnx izin and pndapat blaaablaaablaa, sdgkan yg nak bahagia aku bukan dia. Erhh korg ta fhm lettew, dia bukan sekadar bestfriend aku, dia ni SEBAHAGIAN HIDUP aku. Wlaupun bagi dia maybe ak ta penting mane pun, tapi bagi aku, DIA SANGAT PENTING. Please higlight that :)

Kenapa? Korg tatahu pulak ap maksud BESTFRIEND tu? Haihhh. Ni tengok bawah :


♥FARAH NATASHA♥

Dah baca? Faham? Bagus :)

Tapii ta semestinya aku syg bff aku, ak ta syg bf aku. Bf aku pun penting jugak dlm hidup aku, tapi ak ta sggup na jadikan dia sebahagian hidup aku, maaf bie, bukan ta prcaya awk, tapi ini langkah berjaga-2, supaya andai sekali lagi awk terpaksa pergi, sy takkan kecewa utk hidup. Melainkan jika awk dah JADI SUAMI SAYA, then, awk adalah yg prtama dlm hidup sy selain keluarga sy dan bff sy :)

Apapun, i will love you and love you :')


♥FAZRIN ZULKIPLI ♥


Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH