Friday, April 20

Baru na kerja? Aduhaiii ekin ~

Assalamualaikum.


Haiiiiiii. Hihi. Harini aku excited lain macam sikit. K sikit je lha. Hewhew. Aku dah mula kerja harini. And it is my FIRST TIME. *saje besarkan*

Aku kerja dekat Kawasaki Service Centre. Fuyyoh. Hehe. Bapak ak lha yang baik hati tteibe izinkan aku kerja then dia sendiri yang carikan kerja kat situ. Kebetulan, dia beli motor besar dia tu dekat situ, so maybe boss situ cakap ad kerja kosong. So aku memulakan kerja aku tadi. Dari pukul 9pagi sampai 6petang. Office hours. Dan jawatan aku... Hewhew kerani jea :)

Pastu ada lha pekerja kat situ terangkan dekat aku camne kerja dekat situ. Mula-2 masuk ekrja, sapu sampah, cuci tingkap, lap meja. Nasib baik ofis dia kecik jea. Jadi ta penat na sapu smapah semua tu. Hehe. Mana boleh memalas wehh. Ikhlas and jujur k ;)

Then, tadi jugak aku dpt tahu, aku akan dihantar ke Shah Alam iaitu di Kawasaki Centre kat sana. Utk menjalani latihan. Ye lha, na uruskan motor besar ni, kena tahu wat insurance, tahu buat warranty. So annti dekat tmpat tu, dia akan ajar lha semua benda.

Actually aku kerja bukan lama pun. Sebulan lebih je. Awal bulan 5, Insyaallah result UPU akan keluar. Dan kalau aku diterima masuk kemana-2 *amin* aku akan dftar masuk awal bulan 6. So kerja aku dpt sbulan cmtu lha. Tapi tape, dia hntar training sume smpi KL pun tape. Aku akan belajar. Tambah pulak, aku ada apply course Office Management dekat UiTM. Mana na tahu rezeki kan. At least aku ada pengalaman bekerja dah dekat office ni :D

So, sampai sini sahaja cerita aku. Esok nak kerja. Hewhew. Lepastu ahad aku akan bertolak ke KL. Insyaallah :) 

Thank you for visiting here :)

Friday, April 13

TEMUDUGA? ;)


Assalamualaikum.
 
*pinjam*

Persediaan temuduga

1) Pakaian: Banyak ‘mazhab’ mengatakan tentang pakaian. Banyak yang aku dengar tapi lebih bagus kalau korang menggunakan yang biasa-2 sahaja : kemeja tanpa corak, neck tie. Jangan pakai jeans okay. Blazer? Ada pendapat mengatakan kalau penemuduga tidak memakai, maka kita tidak wajar memakai. Macam lawan tauke pula. Bagi wanita yg memakai tudung, sebaiknya memakai warna yang lembut dan tidak tampak garang. Bagi yg free hair, kemaskan rambut korang supaya kelihatan lebih yakin dan kemas :)

2) Fail dan dokumen: Banyak juga pendapat mengenai cara susun, yang penting korang kena lihat apa yang dikehendaki oleh pihak panel. Letakkan slip keputusan peperiksaan dengan rapi. Pastikan korang mempunyai salinan kad pengenalan diri, dan ibubapa, gambar berukuran pasport, dan sertakan juga sijil yang berkaitan dengan bidang yang ditawarkan jika ada :)

3) Keyakinan: Sememangnya cuak. Tak tipu. Siapa pun akan berasa demikian tambah-tambah kalau menentukan masa depan korang. Jangan cuak, lagi cuak lagi tak konfiden. Bagi aku, korang kena buang rasa “aku mesti lulus temuduga ni!” kerana akan memberikan satu tekanan yang amat tinggi kepada korang. Lebih sesuai korang katakan “aku mesti buat yang terbaik!”. Kurang tekanan. Lebih bagus kalau korang baca doa penerang hati :)

4) Hubungi rakan-rakan yang akan sama ke temuduga untuk mengetahui jika ada sebarang dokumen penting yang perlu dibawa bersama. Jangan terperuk seorang diri di rumah tanpa berkomunikasi dengan sesiapa. Mana tahu masa temuduga diawalkan atau dilewatkan? Lebih baik mengetahui perkembangan kawan-kawan yang lain :)

5) Pastikan korang ambik tahu sedikit sebanyak mengenai tempat yang korang na belajar tu. Mcm UiTM. Kena tahu berapa cwangan dia ada. Wah susah bukan? Cabaran tuu. Jgn korang cakap yg merepek pulak :)

6) Tahu sedikit sebanyak mengenai kursus yang dipinta – kalau perubatan jadi korang kena la mahir asas-asas pengetahuan tentangnya. AIDS, H1N1, derma organ dan lain-lain. Agak malu la kalau panel bertanya tapi korang gagal jawab. Kalau dia tanya yang terlalu kompleks dan korang tidak dapat jawab, mungkin boleh diterima akal. Tapi kalau ditanya yang sgt asas seperti AIDS dll tu, agak malu kalau gagal jawab :)

7) Banyakkan membaca surat khabar – panel bukan sahaja nak tau pengetahuan korang dalam bidang yang korang pohon, tapi juga kepekaan korang kepada isu semasa. Apa-apa sahaja isu semasa. Lebih bagus tahu yang berkaitan dengan bidang korang. Contoh kalau perubatan mungkin mengenai H1N1 (cara penularan, cara mencegah ke), kalau kejuruteraan mungkin projek-projek mega yang sedang berlangsung (rel berkembar Ipoh – Pdg Besar, jambatan kedua P.Pinang dan sebagainya). Sekurang-kurangnya korang tahu sedikit mengenai suatu perkara tidak apa, ada juga nak menggoreng nanti bila ditanya dalam temuduga :)

 Jangan spot soalan, soalan boleh jadi pelbagai. Pelbagai soalan merapu boleh ditanya. Kalau aku jadi, memang aku akan tanya yang lain sedikit. Nak tengok cara orang tu jawab sebenarnya. Kalau terkebil-kebil, agak mengarutlah. (aku sebenarnya perlu menjadi panel temuduga olok-olok ni)

9) Bahasa Inggeris – menjadi masalah utama pelajar yang tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa ini. Aku nasihatkan sebelum temuduga jadi cuba-cubalah bercakap dengan rakan-rakan. Malu? Pedulikan :)

Sesiapa yang ingin menambah, boleh letak di bahagian komen. Sangat dialu-alukan


Sebelum masuk bilik temuduga:

1) Berdoa – tiada apa yang boleh korang boleh buat melainkan berdoa supaya ditenangkan hati :D

2) Elakkan terlalu banyak bersembang dan bertanya soalan spot. Bahaya. Akan membuatkan korang kucar-kacir dan resah kalau rakan sebelum korang ditanya soalan pelik yang belum pernah korang jumpai. Lantas korang akan kalut. Tapi kadang-kala bagus juga bertanya untuk mendapat gambaran apa soalan yang ditanya :D

3) Pastikan benda-benda remeh tidak dilupai - dokumen, cara pemakaian dan lain-lain. Ini memang tak boleh silap! :D

4) Ketuk pintu sebelum masuk, beri salam jika perlu :D

Semasa Temuduga:

1) Untung jika mendapat panel yang santai jadi korang akan berasa seperti bersembang dengan rakan sahaja. kalau kena yang serius pun, korang menjawablah dengan selamba sahaja. Tunjukkan keyakinan ;)

2) Jangan jawab sepatah, nampak mcm korang hilang kata pula. Tambahlah sedikit ayat menunjukkan korang ini bijak berhujah walaupun dalam keadaan sempit. Mungkin boleh bercakap macam ni ;)

Soalan: Apakah pekerjaan masyrakat di tempat awak tinggal?
Jawapan sepatah: Menanam padi dan menoreh getah
Jawapan yang sepatutnya korang bagi: Banyak menanam padi kerana iklimnya yang…tanah sesuai… sejak turun temurun lagi…. ayah saya pun ada sawah padi… senang dieksport sebab dekat dengan pelabuhan…. dan bermacam-macam lagi.

Huraikan sedikit, itu kata kunci utama!

3) Soalan-soalan pelik – aku mendengar daripada rakan-rakan lain dari pelbagai jenis temuduga ;)

a) Awak ada girlfriend?
b) Kalau awak ada dalam lif bersam
a bla bla… apa awak akan buat jika lif rosak?
c) Awak minat tengok bola?

Entah, itu saja yang aku ingat. Sapa yang ada koleksi soalan pelik semasa interview, silalah komen di bahagian komen ya.

4) Soalan-soalan biasa dijumpai ;)

a) Berikan sebab kenapa saya perlu pilih awak
b) Kenapa nak sambung belajar di UK, bukan tempat lain?
c) kenapa chemical engineering, bukan mechanical?
d) terangkan diri awak dalam 3 patah perkataan
e) Awak dapat teruk Biologi, tapi nak doktor?

5) Jangan buat perangai pelik – mungkin korang tengah cuak tapi janganlah goyangkan badan, gigit kuku, bergolek dan sebagainya ;)

Selepas temuduga

Tiada apa yang boleh anda lakukan melainkan berdoa dan bersedialah untuk terima apa sahaja kemungkinan. Kalau anda tak diterima bukan bermakna anda tidak bagus tapi mungkin nasib tidak menyebelahi anda. Mana tahu hari tersebut anda tidak perform seperti selalu. Sebelum ini selalu bertutur BI tapi hari temuduga jadi kelu pula.

Jadi, masih banyak peluang. InsyaAllah!

SEMOGA BERJAYA ;D

Thank you for visiting here :)

Wednesday, April 11

Allah bersama kita :')

Assalamualaikum.


Selepas semua sedia maklum, tadi berlaku kekecohan mengenai Gempa Bumi yang melanda beberapa kawasan di Malaysia. Di facebook aku pun kecoh gak tadi. 



Kemudian, amaran tsunami dikeluarkan dan Malaysia didapati turut diberi amaran tsunami. Subhanallah. 

"Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yg dilakukan di atasnya. Bumi gemetar kerana takut Allah melihatnya." - Kaab bin Malik RA


Sama-2 lha kita berdoa, semoga Allah masih memberikan kesempatan kepada kita semua. InsyaAllah :)



Thank you for visiting here :)

Monday, April 9

LELAKI BERWASPADALAH !

Assalamualaikum.



LELAKI BERWASPADA!!!


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
 amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya


Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

 (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

 3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

 (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Mari sebarkan pada Muslim sekalian~
Klik "SHARE" dan Jom Berdakwah!!! ^_^b

Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH