Friday, April 13

TEMUDUGA? ;)


Assalamualaikum.
 
*pinjam*

Persediaan temuduga

1) Pakaian: Banyak ‘mazhab’ mengatakan tentang pakaian. Banyak yang aku dengar tapi lebih bagus kalau korang menggunakan yang biasa-2 sahaja : kemeja tanpa corak, neck tie. Jangan pakai jeans okay. Blazer? Ada pendapat mengatakan kalau penemuduga tidak memakai, maka kita tidak wajar memakai. Macam lawan tauke pula. Bagi wanita yg memakai tudung, sebaiknya memakai warna yang lembut dan tidak tampak garang. Bagi yg free hair, kemaskan rambut korang supaya kelihatan lebih yakin dan kemas :)

2) Fail dan dokumen: Banyak juga pendapat mengenai cara susun, yang penting korang kena lihat apa yang dikehendaki oleh pihak panel. Letakkan slip keputusan peperiksaan dengan rapi. Pastikan korang mempunyai salinan kad pengenalan diri, dan ibubapa, gambar berukuran pasport, dan sertakan juga sijil yang berkaitan dengan bidang yang ditawarkan jika ada :)

3) Keyakinan: Sememangnya cuak. Tak tipu. Siapa pun akan berasa demikian tambah-tambah kalau menentukan masa depan korang. Jangan cuak, lagi cuak lagi tak konfiden. Bagi aku, korang kena buang rasa “aku mesti lulus temuduga ni!” kerana akan memberikan satu tekanan yang amat tinggi kepada korang. Lebih sesuai korang katakan “aku mesti buat yang terbaik!”. Kurang tekanan. Lebih bagus kalau korang baca doa penerang hati :)

4) Hubungi rakan-rakan yang akan sama ke temuduga untuk mengetahui jika ada sebarang dokumen penting yang perlu dibawa bersama. Jangan terperuk seorang diri di rumah tanpa berkomunikasi dengan sesiapa. Mana tahu masa temuduga diawalkan atau dilewatkan? Lebih baik mengetahui perkembangan kawan-kawan yang lain :)

5) Pastikan korang ambik tahu sedikit sebanyak mengenai tempat yang korang na belajar tu. Mcm UiTM. Kena tahu berapa cwangan dia ada. Wah susah bukan? Cabaran tuu. Jgn korang cakap yg merepek pulak :)

6) Tahu sedikit sebanyak mengenai kursus yang dipinta – kalau perubatan jadi korang kena la mahir asas-asas pengetahuan tentangnya. AIDS, H1N1, derma organ dan lain-lain. Agak malu la kalau panel bertanya tapi korang gagal jawab. Kalau dia tanya yang terlalu kompleks dan korang tidak dapat jawab, mungkin boleh diterima akal. Tapi kalau ditanya yang sgt asas seperti AIDS dll tu, agak malu kalau gagal jawab :)

7) Banyakkan membaca surat khabar – panel bukan sahaja nak tau pengetahuan korang dalam bidang yang korang pohon, tapi juga kepekaan korang kepada isu semasa. Apa-apa sahaja isu semasa. Lebih bagus tahu yang berkaitan dengan bidang korang. Contoh kalau perubatan mungkin mengenai H1N1 (cara penularan, cara mencegah ke), kalau kejuruteraan mungkin projek-projek mega yang sedang berlangsung (rel berkembar Ipoh – Pdg Besar, jambatan kedua P.Pinang dan sebagainya). Sekurang-kurangnya korang tahu sedikit mengenai suatu perkara tidak apa, ada juga nak menggoreng nanti bila ditanya dalam temuduga :)

 Jangan spot soalan, soalan boleh jadi pelbagai. Pelbagai soalan merapu boleh ditanya. Kalau aku jadi, memang aku akan tanya yang lain sedikit. Nak tengok cara orang tu jawab sebenarnya. Kalau terkebil-kebil, agak mengarutlah. (aku sebenarnya perlu menjadi panel temuduga olok-olok ni)

9) Bahasa Inggeris – menjadi masalah utama pelajar yang tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa ini. Aku nasihatkan sebelum temuduga jadi cuba-cubalah bercakap dengan rakan-rakan. Malu? Pedulikan :)

Sesiapa yang ingin menambah, boleh letak di bahagian komen. Sangat dialu-alukan


Sebelum masuk bilik temuduga:

1) Berdoa – tiada apa yang boleh korang boleh buat melainkan berdoa supaya ditenangkan hati :D

2) Elakkan terlalu banyak bersembang dan bertanya soalan spot. Bahaya. Akan membuatkan korang kucar-kacir dan resah kalau rakan sebelum korang ditanya soalan pelik yang belum pernah korang jumpai. Lantas korang akan kalut. Tapi kadang-kala bagus juga bertanya untuk mendapat gambaran apa soalan yang ditanya :D

3) Pastikan benda-benda remeh tidak dilupai - dokumen, cara pemakaian dan lain-lain. Ini memang tak boleh silap! :D

4) Ketuk pintu sebelum masuk, beri salam jika perlu :D

Semasa Temuduga:

1) Untung jika mendapat panel yang santai jadi korang akan berasa seperti bersembang dengan rakan sahaja. kalau kena yang serius pun, korang menjawablah dengan selamba sahaja. Tunjukkan keyakinan ;)

2) Jangan jawab sepatah, nampak mcm korang hilang kata pula. Tambahlah sedikit ayat menunjukkan korang ini bijak berhujah walaupun dalam keadaan sempit. Mungkin boleh bercakap macam ni ;)

Soalan: Apakah pekerjaan masyrakat di tempat awak tinggal?
Jawapan sepatah: Menanam padi dan menoreh getah
Jawapan yang sepatutnya korang bagi: Banyak menanam padi kerana iklimnya yang…tanah sesuai… sejak turun temurun lagi…. ayah saya pun ada sawah padi… senang dieksport sebab dekat dengan pelabuhan…. dan bermacam-macam lagi.

Huraikan sedikit, itu kata kunci utama!

3) Soalan-soalan pelik – aku mendengar daripada rakan-rakan lain dari pelbagai jenis temuduga ;)

a) Awak ada girlfriend?
b) Kalau awak ada dalam lif bersam
a bla bla… apa awak akan buat jika lif rosak?
c) Awak minat tengok bola?

Entah, itu saja yang aku ingat. Sapa yang ada koleksi soalan pelik semasa interview, silalah komen di bahagian komen ya.

4) Soalan-soalan biasa dijumpai ;)

a) Berikan sebab kenapa saya perlu pilih awak
b) Kenapa nak sambung belajar di UK, bukan tempat lain?
c) kenapa chemical engineering, bukan mechanical?
d) terangkan diri awak dalam 3 patah perkataan
e) Awak dapat teruk Biologi, tapi nak doktor?

5) Jangan buat perangai pelik – mungkin korang tengah cuak tapi janganlah goyangkan badan, gigit kuku, bergolek dan sebagainya ;)

Selepas temuduga

Tiada apa yang boleh anda lakukan melainkan berdoa dan bersedialah untuk terima apa sahaja kemungkinan. Kalau anda tak diterima bukan bermakna anda tidak bagus tapi mungkin nasib tidak menyebelahi anda. Mana tahu hari tersebut anda tidak perform seperti selalu. Sebelum ini selalu bertutur BI tapi hari temuduga jadi kelu pula.

Jadi, masih banyak peluang. InsyaAllah!

SEMOGA BERJAYA ;D

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH