Saturday, May 19

Macam mana na lupakan si dia...

Assalamualaikum.


Bercinta memang indah tapi ada kalanya cinta tidak seperti yang kita harapkan dan berakhir dengan sebuah perpisahan. Sememangnya perpisahan itu sesuatu yang amat perit untuk dilalui dan pastinya bukan mudah untuk kita melupakan bekas kekasih kita dan juga segala kenangan manis yang telah kita harungi bersama.

Ramai yang cuba untuk memadamkan segala kenangan yang telah dilalui bersama. Ramai juga akan cuba sedaya upaya untuk melupakan bekas kekasih mereka. Semua ini dilakukan agar mereka dapat meneruskan kehidupan tanpa insan yang pernah dicintai di sisi.

Tapi bila difikirkan balik, perlukah kita melupakan bekas kekasih kita? Perlu ke kita memadamkan segala kenangan yang dilalui bersama? Adakah dengan cara ini, kita mampu merasa bahagia semula?

Minda kita tiada delete button. Tidak mungkin kita dapat erase segalanya begitu sahaja. Sedangkan tempat kita terjatuh pun kita akan kenang setiap kali kita melintasinya, inikan pula insan yang selama ni menjadi tempat kita bermanja.

Jadi kalau tak boleh memadamkannya, bagaimana caranya untuk move on?

First of all belajar memaafkan bekas kekasih :)

Memaafkannya dengan keikhlasan dan ketulusan hati kita. Selagi ada rasa dendam dan marah di hati, selagi itu kita tidak akan dapat melupakannya dan ini akan membuatkan kita merasa lebih terseksa.

Wake up from the past :)
Buang atau delete segala apa yang ada kaitan dengannya seperti no telefon, remove dari FB , segala gambar bersama, hadiah-hadiah dan sebagainya *aku dah buat semua ni :') Kalau tak nak buang, simpan saja dalam kotak. Asalkan ianya tidak berada di depan mata kita. Semua ini perlu agar kita tak akan duk terkenang-kenang seseorang yang dah nyata telah memutuskan hubungan dengan kita.

Redha :)
Ni yang paling penting sebenarnya. Terima hakikat, telah ditakdirkan dia bukan jodoh kita. Rapatkan diri dengan tuhan. Minta agar dipertemukan dengan insan yang lebih baik.

Perbaiki diri :)
Ambil masa single ni untuk memperbaiki dan memperhebatkan lagi diri kita. Kembalikan keceriaan dalam hidup kita.

Dari lubuk hati aku :

Sejujurnya, siapa sahaja yg mampu melupakan bekas kekasih dalam waktu yg singkat. Macam aku. Sejujurnya aku tak mampu melupakan. Malah aku tak penah cuba nak melupakannya. Bukan sebab aku masih mengharapkannya tapi aku redha dengan segala apa yang telah berlaku. Pasti ada kebaikkan di sebaliknya. Aku tahu setiap yang terjadi dalam hidup aku ada hikmahnya. Aku ikhlas dengan setiap benda yang berlaku.

Kami tetap berkawan, walaupun masing-masing dah membawa haluan sendiri. Aku dah memaafkannya. Tiada dendam di hatiku, kerana suatu ketika dulu dia pernah membahagiakan aku dengan kasih sayangnya. Dan kini aku anggap semua yang aku pernah lalui bersamanya sebagai suatu kenangan yang boleh aku jadikan pengajaran agar aku lebih menghargai kehadiran cinta yang baru. Dan dalam doa aku, aku tidak akan pernah luapa untuk mendoakan kebahagiaan hidupnya. Luka memang ada parutnya. Tapi luka pasti ada penyembuhnya. InsyaAllah :')

#sumber artikel : http://warkahcinta.com/cara-melupakan-kekasih/

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH