Saturday, June 30

JULY and me -.-

Assalamualaikum.


So hari pertama di bulan july, aku tadi gy lepak dgn besties aku. Long time no see ohho. Dia kata aku makin kurus. Kesian kan? Aku joging tiap hari pergi class tu kurus semacam tu T_T

Tadi pergi breakfast dgn dia. Lepastu hantar Hazim gy medan gopeng. Then say goodbye to Tasya and her mom. Okay harini sbnrnye aku na kena balik UiTM balik. Okay bored -.-

Esok class dh start tapi percaya lha. Setiap minggu lepasni, aku free hari jumaat sbb class tade. Class hari Jumaat dh dibawa ke hari Isnin. Hu pack memang pack. Tapi biasalah. Kata na dpt 4flat kannn. Hihi. So wish aku utk bulan July yang indah ni..

SEMOGA LINE MAXIS DI SERI ISKANDAR AKAN BERTAMBAH BAIK -.-


Thank you for visiting here :)

Wednesday, June 27

Nampak meriah tapi..

Assalamualaikum.


Suasana kelas nampak meriah je. Tambah dengan kehadiran 12 orang pelajar baru. Jadi kelas yang sepatutnya ada 21 org je tetibe naik mendadak seramai 33 orang. Dan bukan semuanya aku okay. Pssttt. 


Tadi hujan. Well macam semua tahu, Seri Iskandar panas kan. So semalam, hujan telah turun dengan lebatnya berserta kilat guruh semua. Ha ambik, lepastu petang tadi pun hujan turun lebat gila. Masuk-2 kelas je, nah payung beratur kat belakang tu.  *tengokgambar* Nampak meriah tapi seksa woii na redah hujan. Dengan pakai baju kurungnya. Dengan angin tiup kuat *payung rafiqa terbalik -.- So itu je na update. Tadi banyak benda na cakap pastu lupa dah. Kbai -.-


Thank you for visiting here :)

Wednesday, June 20

Kenapa bila dia dah pergi, baru kita na hargai?

Assalamualaikum.


Bila sebut pasal hargai, menghargai ni. Korg mesti terlintas hargai bf or gf je. Sdgkan korg tahu kat sekeliling korg ramai lagi org yg perlu korang hargai. Cuba fkir..


1) KELUARGA

Dari mula kita nampak dunia, kita kenal dunia, kita ada keluarga kita je. Ayah, ibu, kakak, abang, adik. Tapi kenapa bila kita dah kenal orang lain, kita lupa na hargai mereka ni. Kita lupa yg mereka lha sebab kenapa kita masih ada disini. 


2) SAHABAT

Bila kita mula melangkah masuk ke alam persekolahan. Dari tadika, ke sek rendah, ke sek menengah dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi, yang kita ada selain keluarga ialah sahabat. Dlm erti kata lain, kawan teman. Sahabat juga penting. Hargai mereka sebelum mereka pergi. Jgn lepas pergi baru kita sedar, tade dia, kita bukan sesiapa. Tapi mcm semua tahu lha kan. Zaman sekarang, susah na jumpa org yg betul-2 ikhlas na kawan dgn kita. Susah sangat. Sbb tu bila jumpa yang dah menepati smua ciri-2 sahabat yg baik, jgn lepaskan dia. Sbb bila dia pergi, kita kena tahu, susah utk dapatkan dia semula :)


3) KEKASIH/ PASANGAN HIDUP

Lelaki. Mereka sangat sangat memerlukan seseorang yang sudi menghargai mereka. Percaya lha cakap aku. Ada lelaki sanggup tinggalkan awek dia yg dia syg, yg dia coup bertahun-2 sbb dah ta tahan, awek dia langsung ta hargai dia. Okay sebenarnya korg faham ta maksud HARGAI disini? Okay biar aku explain. 

Hargai seseorang bermaksud kau tidak meninggalkan dia yg berada dlm kesusahan walaupun kau sendiri sedang berada dalam kesulitan. Kau juga kadang-2 tidak memikirkan perasaan kau sendiri kerana terlalu menjaga hati si dia. Dalam apa jua yang kau lakukan, kau akan sentiasa ingat dia. Lebih bermakna bila kau bagitahu setiap apa yang kau lakukan untuk dia tahu dan dia terus percayakan kau. 

Cara lelaki ingin dihargai : Contoh : Jika lelaki itu demam, si gadis akan buat bubur bagi dia makan. (kalau dekat lha kan :P)

Cara wanita ingin dihargai : Contoh : Bila lelaki na keluar melepak, dia akan bagitahu kat ppuan tu. So ppuan tu rasa dia penting dlm hidup laki tu dan dia rse dihargai sbb laki tu ingat kat dia sebelum na buat apapun :P

Okay panjang pulak ye ak explain bahagian couple ni. Haha.


4) DIRI SENDIRI

Kenapa aku ta letak ini kat nombor satu? Kenapa? Hm sbb dalam apa juga yg kita lakukan sbnrnye, diri kita sendiri, hari kita sdiri adalah yang paling lassttt kita fikir. Betul tak? Bila org dah sakitkan hati kita, kecewakan diri kita, masa tu baru kita sedar, kita pun ada perasaan kan? Sebelum ni pakat lha na jaga hati bf gf smua, tapi lepas semua nya, baru kita tahu, hati kita sendiri pun kita ta jaga kan? So cuba fikir ;)

Kesimpulannya.. (mcm karangan pulak -.-)

Hargai orang yang kita sayang, orang yang sentiasa ada dekat sisi kita ni, sebelum dia pergi. Sebab kebanyakkan orang, hanya akan sedar betapa pentingnya hargai seseorang ni lepas dia pergi.
So ingat k ;)

Okay itu je aku na membebel harini. Bye ;D


Thank you for visiting here :)

Wordless Wednesday Part 3

Assalamualaikum.



Thank you for visiting here :)

Saturday, June 16

Selsema dan..

Assalamualaikum.


Selsema. Ta suka nyaaaaa. Hmm teruk keadaan aku sekarang. Memula start nye bersin je. Ta lama lepastu pfftt terus sobs sobs. Hm ta suka lha. Serius memang teruk. Tisu habis terus. Kain memang kotor habis. Eeeyyuuuwww pengotornya aku rasa aku ni. Hm. Na makan ubat tade ubat. Na beli tatahu kedai tang mana. Hm.


Semalam, lepas aku selsema teruk, aku memang ta larat bangun. Kepala aku dah sakit. Na beli makanan pun aku ta larat bangun dah. Kawan bilik aku balik kg. Budak bilik depan pun sama. Rafiqa pun sama. Hm aku pun ta lha makan tengahari. Aku tidur. Lepas bangun, kepala aku sakit sangat. Aku memang dah tak tahan sangat. Aku pergi lha bilik sape ntah, kwn kepada budak blik aku. Aku minta tolong dia belikan makanan sebab aku na isi perut aku. 

Lepas makan, aku pergi mandi. Lepastu kepala aku sakit lagi, aku pergi balik bilik budak tu tadi, aku tanya ada panadol tak. Syukur sangat dia ada :')

Lepas makan ubat aku tidur. Tapi bila bangun pagi tadi, kepala aku sakit lagi. Aku pergi mandi. Lepas mandi nasib baik ada orang lalu jual makanan, aku beli dan makan. Lepastu aku settle PTPTN. Kepala elok sikit. Mungkin sbb dah mandi dan makan. Tapi kepala aku takkan hilang sakit selagi ta makan ubat. Aku pun mintak lagi panadol kat budak semalam. Nasib dia ada lagi. Hm lepas makan, aku tidur balik. Sekarang dah bangun, kepala lega sikit kot. Aku pergi basuh muka dan harap lepas ni kepala aku ta sakit dah. Seksanya :(


Thank you for visiting here :)

Friday, June 15

Satu persatu hajat dipenuhi :')

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Bila aku usha balik keinginan aku dekat post ni : http://duniaekin.blogspot.com/2012/01/keinginan.html

Rupa-2 nya, sudah hampir semua keinginan aku telah berjaya aku capai. 


1) Alhamdulillah. Macam korang tahu, result aku memang cun bagi aku. hihi 5A. Cukup untuk buat family aku bangga. Adik laki aku yg nakal tu pun cakap aku pandai gila. hahah lawak ;)


2) Haha yang ni memang sebelum result keluar lagi sudahpun tercapai. Aku berjaya memiliki lesen P untuk kereta dan motor. Tanpa perlu ujian ulangan. Tanpa bantuan sesiapa a.k.a orang dalam. Huhu walaupun cuak sebab last day sebelum test JPJ tu aku langgar kereta lain -.-'


3) Juga macam semua tahu, aku berjaya menempatkan diri di IPTA idaman aku, UiTM. Hihi ;)


4) Hihi ni paling best. Aku berjaya memiliki sebijik lappy, broadband dan handphone baru hadiah kedua orang tuaku :')


5) Hmm yang ni hampa sikit. Pendrive aku yang mengandungi cerita-2 aku dah hilang ! Arhhhhh k tak nak cakap. Sedih ;(

Bye ;)

Thank you for visiting here :)

Tuesday, June 12

UiTM -> Rumah Keduaku -.-

Assalamualaikum.

Seperti yang sedia maklum, aku dah pun masuk ke UiTM pada Sabtu lepas yakni 2 haribulan 6. Hewhew. So aku baru update pasal MDS jea kan haritu? Okay so sekarang ak na cerita pasal kolej kediaman yang aku duduk sekarang. 

Nama kolej aku is Cempaka Sari. Aku menghuni di blok Anggerik 2 dan biliknya di A2205. Okay jom aku tunjuk tempat tidur aku ;)

Tadaaaaaa~ Okay katil aku. haha okay aku tgkap ni mse tengah kelam kabut na turun Perjumpaan Kolej tadi so messy gila tempat aku k. Huhu.


Pffttt ini almari aku. Sebenarnya satu sorang almari ni tapi disebabkan dlm blik ni ada dua org jea, so aku conqure lha almari lagi satu. hahahaha --"

Okay ini meja belajar aku. lebih dikenali tempat makan aku sebenarnya. Hihi. 

Okay actually, blik ni ta luas mana pun. Satu blik 4 org duduk. Ada 4 katil which is double decker punya. Ada 4 almari yang sngat kiut. Baju aku ta muat k. Ada 4 meja. which is satu meja ada 2 soket. Hewhew. So jelas kan? Sje na bagitahu. Kot-2 ada yg tertanya-2 kn kan. 

Huhu so tu je kot na story. Esok ad class tapi pukul 9 so lepas solat Subuh boleh sambung tidur kejap. Heheheheheh k bye ;)


Thank you for visiting here :)

Saturday, June 9

MDS 2012. UiTM DiHatiku ♥

Assalamualaikum.

Haiiiii. Hihi rindunya kat blog ni. Seminggu dibiarkan berhabuk :p Okay harini aku kat Ipoh so aku update apa yg berlaku selama seminggu ni. Okay so biar aku cerita sikit pengalaman aku disana sepanjang minggu :)


Sebaik sampai disana,  aku pun mendaftar. So lepas daftar dapat kad pelajar sementara ni. Aku dpt kolej Cempaka Sari. Blok Anggerik2 dan bilik bernombor A2205. Hihi nice :)


Dekat sana, aku memang berkepit setiap masa dengan Rafiqa jea. Yes sebab dia yg paling rapat I guess ^^ Tapi kitaorg ta dpt blik sama. Spoil eh? Hihi. Tpi alhamdulillah. Class dpt sama. Tade lha aku gelabah kalau tatahu apa-2 kan. Hewhew.

Dekat sana, ada beberapa peraturan yg perlu diikut oleh semua pelajar sepanjang minggu MDS. MDS tu apa eh? Hehe Minggu Destini Siswa. Hmm antara peraturan ialah, semua pelajar beragama Islam, wajib bertudung. I mean, menutup aurat. Tshirt mestilah labuh melepasi punggung. Bagi sesiapa yg tidak mengikut peraturan ni...

Kalau takkkk
Dendanya, memakai baju kurung bersama seluar track. Ha mmg tak selesa okay.

Nasib baik aku terselamat derrrr. Fuhh ;)

Next rules : Tidak boleh main henfon semasa dalam PI yakni Pusat Islam atau semasa ceramah didalam DSI yakni Dewan Seri Iskandar :)

dalam DSI :)

Difahamkan seramai 2 ribu lebih pelajar telah mendaftar sebagai pelajar semester baru di UiTM Seri Iskandar. Termasuk Pra-Diploma. DSI saja telah dipenuhi mereka semua. Fuhh :)

Okay kalau masa ceramah ini aktiviti pelajar yang sangat bermakna dan tidak boleh ditinggalkan. Eleh korang pun pernah kan. Haha k :D

Okay sedikit selingan saja na habaq mai.

Rules di Dewan Makan sepanjang MDS --"

1) Makan hanya 4 minit
2) Tidak boleh bercakap semasa sedang makan
3) Senyum kepada semua OC *tp kalau tgh penat sape nk senyum kan haha xD

Utk para gadis, sepanjang minggu MDS, korg mesti
Ingat ni :

1) Pakai baju kurung beserta seluar track didalam,
2) Scarf tudung mesti penuh taley sekerat-2.
3) Tudung bawal sahaja dibenarkan. No shawl or pashmina or syria or tudung ariani tu.
4) Tudung mesti pin 3 dan kebawah. Dilarang selempangkan tudung anda. Faham? Maksudnya
     macam ni 

Taley pakai selempang tudung macamni. Err sorry tuan gambar. Pinjam gambar k --"

Mesti macam ni. Tudung kebawah. K dah faham kan? Bagus. Fuhh --"
(so bwk lah pin lebih tau tau )

5) Dekat PI dengan DSI dilarang main hp kalau tak kad matrik akan dirampas --" Ada effect k kalau kad matrik dirampas.

Lagi apa eh? Hm entah lha. Haha ta egat. Dah malas na fikir. Sebab dah habis. Haha peringatan utk korg, bwk lha payung k. Sebab kat sana memang panas. Terima kasih hihi byeee :)

p/s : semua di atas adalah berkenaan MDS 2012 di UiTM Seri Iskandar sahaja. Yg lain tak tahu okay bye


Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH