Tuesday, August 7

Lailatul Qadar sudah hampir :)

Assalamualaikum.


Macam semua Umat Islam ketahui, didalam bulan Ramadhan yang mulia ni, ada satu malam yang penuh dengan berkat. Iaitu Malam Lailatul Qadar. Atau boleh juga dipanggil, Malam Seribu Bulan.

Kay sbb malam ni dinamakan Malam Seribu Bulan ialah kerana malam ini adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Seseorang yang memperoleh kesempatan beribadah pada malam Lailatul-Qadar pada bulan Ramadhan dan mendapatkan keberkahan malam tersebut., maka ia akan mendapat pahala beribadah selama 83 tahun 4 bulan bersamaan dengan 1000 bulan, bahkan lebih :)


Seperti yang disebut didalam Al-Quran: 

Maksudnya..

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. 

Qs Al Qadr
Bilakah Berlaku Lailatul Qadar?

 Sabda Rasulullah SAW: 
Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadan. 
(riwayat al-Bukhari di dalam sahihnya, 2017)

Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut: 
Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. 
(riwayat Muslim di dalam Sahihnya, 1165).

Daripada kombinasi hadis di atas dapat kita simpulkan bahawa, kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula 10 malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. 

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar akan datang

1. Udara dan angin sekitar terasa tenang, malam penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.
2. Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia juga merasakan ketenangan dalam beribadah yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
3. Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.
4. Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan cerah, tidak ada sinar. 
5. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar, mereka melihat nur yang terang benderang di seluruh tempat yang gelap gulita.

Tapi ingat, janganlah hanya beribadah pada malam-2 ini sahaja. Dan jangan pula kamu beribadah kerana mahu merebutkan malam itu, tetapi beribadah lha kerana Allah S.W.T. 

Semoga aku juga dapat melaluinya kerana sesungguhnya hari ini adalah hari pertama aku uzur T___T


Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH