Wednesday, November 14

Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah :)

Assalammualaikum.
 
 
Hai semua. Update lagi harini. Oh ya. Salam Maalhijrah buat semua blogger yang beragama Islam. Alhamdulillah Allah telah panjangkan umur kita untuk meneruskan kehidupan di tahun yang baru dengan niat yang baru. Semua pasang niat dah? Bagus-2. Niat aku? Ada lah. Heheheh. Okay berbalik pd tajuk entry lah.

Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah. Mcm pernah ku dgar ayat ini. Cis ayat ciplak. Ayat Ombak Rindu walaweh. Okay diam. Ala sekali sekala curik dialog filem kan..

Sebab sebenarnya aku nak tulis pasal benda ni sbb tadi aku usha kat satu tmpt ni dan terbaca.. Okay contoh ayat mcmni lahh..

"Aku redha dengan apa yang jadi dekat aku. Aku sygkan dia. Walaupun dia selalu maki-2 aku. Selalu marah-2 aku. Selalu lepaskan kesalahan dia pada aku. Aku redha dengan semua itu."
Cik kak.. salah penggunaan ayat awk tu. Ni bukan redha namanya. Ini namanya kurang bijak. Cuba awk fikir. Kalau dikatakan suatu hari nanti awk akan menjadi isterinya. Awk rasa dia boleh ke na jd seorg lelaki yang penyayang? Yg memahami dan sentiasa mengalah? Sedangkan sekarang pun bila awk tgh duk hangat bercintan cintun dgn dia pun awk dimarahi. Dihina. Dimaki. Dipersalahkan. 

Itu namanya Pasrah. dan pasrah itu menyerah. Menyerah tanpa usaha. Usahanya apa? Usahanya, tinggalkan lelaki tu dan cari yang lebih baik :) Cuba awk baca balik apa yg sy ckp dan awk fikir baik-2 ;)

Lagi satu mengikut pengalaman saya yg telah mendewasakan dan mematangkan sy, cari lah lelaki yang takkan mengeluarkan ayat-2 dan janji-2 manis sewaktu bercinta. Percayalah pd sy. Mungkin tidak semua lelaki mcmtu tapi kebanyakkan begitu. Lelaki yang kononnya pakar dalam soal cinta. Bila ada ppuan lain mengadu masalah cinta, jawapannya lebih kpd menyalahkan si perempuan, berhati-2 je lah :)
Kalau betul dia sygkan anda, tiada janji manis. Hanya nasihat yang akan membawa awk dkat kpd Yang Esa. InsyaAllah dia lah yang terbaik :')

Saya cuma menyampaikan pendapat saya. Semuanya terserah pada anda semua. Sekian ;)


Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH