Wednesday, April 3

Berhenti mencintai...

Assalamualaikum
 
 
 
Sakit. Pedih. Terluka. Pabila cinta yg kita hulurkan seikhlas hati kita tidak berbalas. Tapi lebih sakit untuk terus berpura-pura bahagia tatkala air mata duka mengalir. Ahh siapa kita ingin memaksa perasaan org lain? Perasaan yg tidak pernah wujud untuk kita, siapa kita untuk memaksa ia wujud?

Aku juga pernah merasa sakitnya pabila cinta kita ditolak. Makanya, aku memahami perasaan mereka yg ditolak cintanya. Aku cuma berdoa, mereka ini akan menemui insan yg jauh lebih baik. Jauh lebih mencintai mereka. Dan bila sampai satu tahap dimana aku nampak tiada balasan mahupun harapan. Aku rasa dah sampai untuk aku berhenti mencintai. Berhenti menyayangi dan merindui insan yg tidak membalas cinta aku. Sebab aku tahu cinta yg aku hulur tu takkan pernah bersambut. Dan aku tidak mahu cinta aku disambut atas dasar kasihan dan simpati.

Sedikit demi sedikit, hari demi hari, aku akan cuba mengikis perasaan ini. Akan aku sedarkan diri aku dimana tempat aku berdiri. Akan aku bangun dari mimpi yang sia-sia. Siapa yg mahu melupakan cinta mereka? Tapi siapa juga yg mahu cinta mereka disia-siakan? Aku hanya mengambil keputusan yang aku rasa cukup adil utk diri aku sendiri. Mungkin dah sampai masa untuk aku berhenti mencintai. Dah sampai masa untuk aku sedar akan hakikat ini :')
 
 
 

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH