Tuesday, April 30

Buli lagi

Assalamualaikum
 
*konon dia besar buli adik kecik xD*

Makin menjadi jadi kes buli. Sebenarnya kalau di search dalam youtube, banyak lagi kes buli, kes gaduh kat sekolah ni sejak dulu. Tapi entah kenapa sekarang baru kes macamni diberi perhatian. 

Lepas dari kes pergaduhan antara budak lelaki di sebuah sekolah di Penang, rujuk twitter dan google utk maklumat lanjut. Kes gaduh sampai baling pasu pulak. Yang tu memang tatahu lah. Sekarang ni, kes terbaru, kes buli antara budak perempuan pulak dimana pembuli memasukkan stoking ke dalam mulut mangsa dan mangsa hampir dibogelkan pada awal video.

Satu je yang aku tak faham, kenapa mesti dimasukkan video tu ke dalam internet? Kenapa disebarkan video tersebut? Bangga mungkin? Entah lah. Wallahualam. Cerita ini pun entah sebenarnya berapa lama sudah berlaku. 

Melihatkan mangsa. Aku bersungguh sungguh cakap sesorang. Asal kau tak lawan? Lawan je. Diorg perempuan. Kau perempuan. Kalau diorg kuat, kau pun kuat. Ye, diorg ramai. Tapi kalau dh nama ppuan, ada lemahnya. Entah lah. Mungkin mangsa tu memang sentiasa dibuli dan diugut. Aku tak salahkan dia pun. Mungkin banyak sebab sampai dia tak berani melawan.

Kepada pembuli, diharapkan korang insaf lah. Membuli jangan sampai mengaibkan. Hidup kita sentiasa berputar. Kalau Allah nak balas, sekelip mata je. Bawak bawak lah insaf. Ok tu je, taley ckp lebih2. Geram sbnrnye ni. Haha k bye.

p/s: maaf saya tidak akan menyelitkan apa apa video mahupun gambar di sini, bimbang mengaibkan mangsa.

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH