Sunday, April 28

Ujian itu buat kita kuat?

Assalamualaikum
 
Seringkali kita diuji dengan ujian yang buat kita lemah. Buat kita sedih. Sampai kadang-2 kita tak mampu nak hadapi ujian tu. Ujian putus cinta. Ujian gagal exam. Ujian dlm berkawan. Ujian dlm keluarga. Macam-2. Sampai ada yang putus harapan.

Kita selalu cakap. "Kenapa aku diuji sampai macam ni? Apa dosa aku dh buat?" ataupun mungkin kita akan cakap, "Aku tak boleh tahan dah. Aku tak sanggup dah."

Dan jawapan aku sama je bila ada org ckp mcmtu kat aku.

"Allah uji kamu dengan ujian berat tu, sbb Allah tahu kamu mampu hadapi ujian tu."
"Allah bukan bagi ujian tu suka-suka, DIA nak kamu kuat."
"Kamu rasa kamu tak mampu, tapi knp Allah bagi? Sebab Allah itu Maha Mengetahui."

Betul. Betul. Betul. Aku sendiri juga pernah putus asa bila hadapi ujian yg betul-2 menguji kesabaran aku. Tapi tak ada lah sampai aku nak salahkan takdir yg Allah dh tentukan utk aku. Aku terima cuma aku tak tahu tak pasti aku mampu ke tak nak hadapi nya. Tapi sebab aku percaya Allah bagi aku ujian ni bersebab. Dan ada hikmahnya bila kita diuji sampai mcmtu.

Ujian cinta? Ujian keluarga? Ujian kawan? Ujian pelajaran? Ujian kewangan? Ujian guru/pensyarah?

Semua akan jadi mudah bila kita terima ujian tu dengan hati terbuka. Bukanlah kata tak boleh nangis ke apa. Nangis lah.

Kadang-2 nangis pun boleh buat kita hilang rasa sedih. Menangis lah jika kau rasa itu melegakan hati kau. Nangis lah. Tak salah pun nangis. Lelaki kena kuat? Tak jugak. Nangis je lah. Itu normal. Tade sape nak panggil awak pondan sebab awak nangis je. Ok? So be positive.

Hidup kena positive okay? Apa saja masalah, kena fikir positif. Okay dah tu je kaunseling aku haha kbye xD

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH