Wednesday, May 8

Apa beza CGPA dgn GPA eh?

Assalamualaikum
 
http://sphotos-a.xx.fbcdn.net/hphotos-ash3/p480x480/578201_500200460042693_1081587502_n.jpg
Bila result UiTM dah keluar, mula semua yg baru nak masuk sem 2 ni pening, nak ambik yg GPA ke CGPA? Ada yg CGPA makin tinggi. Ada yg rendah. So pening kan?

Okay nah aku bagi secara ringkas lah apa beza CGPA dgn GPA tu. 

Mungkin ramai yang masih keliru apakah perbezaan GPA dan CGPA, walaupun sudah hampir setengah tahun pengajian. Apatah lagi untuk mengetahui cara mengira kedua-dua keputusan peperiksaan ini.
Secara ringkas GPA ialah Grade Point Average atau Purata Nilai Gred iaitu nilai yang didapati secara purata terhadap keputusan yang diperoleh bagi satu semester itu. Contohnya ada subjek anda dapat A, ada subjek dapat B-, ada subjek dapat C. Gred A memberikan nilai 4.00, manakala gred B- memberi nilai 2.67 dan gred C memberi nilai 2.00. Purata Nilai Gred anda ialah purata bagi semua keputusan.

CGPA pula bermaksud Cumulative Graed Point Average atau Purata Nilai Gred Kumulatif yang mana ia mendapatkan nilai purata keputusan anda bagi semua semester yang telah dilalui.
Perbezaan antara kedua-dua GPA dan CGPA ini ialah GPA- keputusan untuk satu semester manakala CGPA- ialah jumlah gred keseluruhan semester yang telah dilalui.
Sebelum mengira GPA dan CGPA, penuntut perlulah mengetahui elemen-elemen yang digunakan dalam pengiraan CGPA.
Elemen-elemen tersebut ialah Bilangan Kredit, Mata Nilai-Nilai yang dibawa oleh sesatu gred; contohnya Gred A=4.00, Gred B=3.00 dan seterusnya dan Jumlah Mata Nilai iaitu hasil darab Mata Nilai dengan Bilangan Kredit.
Formula asas bagi pengiraan CGPA ialah Hasil Tambah Jumlah Mata Nilai dibahagikan dengan Hasil Tambah Kredit.
Okay faham tak? Kalau nak tahu cara kira boleh rujuk di sini : http://haqimmohamad.blogspot.com/2011/05/cara-nak-kira-gpa-dan-cgpa.html

NotaKaki : Aku harap yg dpt result 3 pointer above tu bersyukur lah, jgn lah nak keciwa sakan sbb tak dekan. Ada yg kena repeat, ada yang pointer bwh 3. So korg dh dpt 3 pointer above tu uih bersyukur lah hendaknya. Sem depan cuba lagi. Okay :)

*aku tak dekan tapi memang syukur sangat sangat sebab tade repeat and pointer still 3 above. Alhamdulillah :D


Thank you for visiting here :)

1 comment:

Hisham MD said...

Saya ada cgpa calculation guna excel. Boleh kira dari sem 1 sampai habis. Berminat email saya hishamdesa@unikl.edu.my atau download dari link http://padlet.com/sham2desa/8kops91aw1 ( it not spam or virus link) . Sila tinggalkan massage ( nama dan dari Universiti mana). FREE.


BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH