Monday, May 13

Memakai tudung yang menutup aurat :)

Assalamualaikum
 
 
 
Dekat atas ni video yg dibuat oleh vlogger lelaki yg dgr kata merupakan pelajar matrik. Jom tengok :)

Penuhi 4 syarat ini, anda nak pakai tudung jenis apa pun pakailah:

1. Tudung itu mempunyai bahagian/lebihan kain yg terjuntai ke bawah.

2. Tudung itu bersifat selindung. apa itu selindung?
sifat-sifat selindung:
- tidak transparent
- longgar (tidak nampak bentuk tubuh badan)
- bahagian belakang badan tertutup/dilindungi tudung
- bahu dilindung tudung
- tidak nampak bentuk telinga
- takde bonggol unta
- dan so on

3. Tudung mesti tutup dada

4. Ikut mazhab syafie, ketika solat,kedua tangan kita diletakkan di atas pusat dan di bawah dada betul tak? ok untuk yg keempat senang je, anda lakukan perbuatan meletakkan tangan di atas pusat di bawah dada itu (seperti dalam solat), bila dikenakan tudung pada diri anda, tudung itu menutupi semua bahagian anggota badan di bahagian atas tangan anda. jika semuanya tertutup dgn rapi, maka pemakaian tudung anda inshaAllah sempurna!

Tudung dah labuh jgn lah pakai baju lengan pendek pulak. Baju pun mesti lengan panjang. Jgn pakai inner sebab inner menampakkan bentuk lengan awak. Okay? InsyaAllah :)



Thank you for visiting here :)

2 comments:

Haruno Hana 하나 said...

video ni memang menarik! MrTheAllShared ni terdiri daripada pelajar matrik dll.. termasuklah pelajar Mesir.. lepasan SPM 2011 :) kebanyakan video mereka memang bagus2 moralnya ^^

Ekin Anasha :) said...

Baru tengok td. Mungkin akan tgok lagi lps ni :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH