Saturday, July 6

Sejak peristiwa itu, aku tahu erti syukur...

Assalamualaikum

*gambar sumber google*

Mari aku cerita sebuah kisah.
Kisah ini aku sendiri yg lihat.

Pada waktu itu, aku dan adik beradik bersama ibu berada dalam kereta,
Ingin pulang ke rumah.
Disebabkan kami adik beradik sudah membesar,
Jadi kereta kancil itu menjadi sempit untuk kami.

Kami mengeluh.
Aku juga turut mengeluh.
"Sempit betul kereta ni."
"Panas ah."

Mak selalunya akan ckp ayat yg sama setiap kali kami mengeluh,
"Syukur lah kome naik kereta. Org lain ada yg naik motor je himpit 2 3 org."
Dan kami akan diam.

Namun hari itu, 
Sejak hari itu sebenarnya,
Aku belajar bagaimana ingin bersyukur.

Apabila di saat kami adik beradik bertelingkah dek kerana kesempitan,
Aku terlihat sebuah kereta uzur di sebelah kereta kami,
Kereta uzur itu, seorang pakcik yg sudah tua membawanya,
Cermin keretanya sudah pecah. 
Keempat-empat sekali. Pecah.
Dan hanya 2 cermin belakang yg ditutup dgn plastik lutsinar.
Yg dua dihadapan hanya dibiar tanpa cermin.

Ditakdir Yang Esa,
Hujan turun dgn tiba-2,
Aku lihat pakcik itu,
Dia sdg berusaha menahan wajahnya drpd terkena titisan hujan rahmat itu,
Dgn sabar, aku lihat dia hanya terus dan terus mengelap wajah yang kebasahan,
Tanpa merungut mahupun mengeluh.

Aku renung ke langit,
Tuhan sendiri dah tunjuk pada aku,
Mcm mana cara utk kita bersyukur.
Dan.

Sejak peristiwa pakcik itu, aku tahu erti syukur yang sebenarnya. *sebak*


Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH