Monday, September 16

Bila budak universiti mencuri...

Assalamualaikum

*gambar hiasan*

Sbnrnya tajuk tu saja je. Tapi mmg benda ni berlaku dan suspek utama, pelajar universiti yang tinggal di hostel. Baru2 ni, mbe aku kat UiTM Merbok, Kedah telah kehilangan sebuah laptop dan sebijik Ipad. Kejadian difahamkan berlaku semasa waktu petang. Dan ketika itu bilik itu berkunci. Difahamkan lagi, bilik tersebut dibuka secara haram dengan menggunakan kad. Sape pna buat, tahu lah caranya.

Yg aku tak boleh hadam ni la, perangai manusia yang mencuri ni. Sungguh tak faham. Berapa banyak keberanian yang kau dah kumpul untuk masuk bilik org dengan cara yang salah dan mengambil barang orang. Bukan duit dua kupang pulak yang diambilnya, laptop sama ipad yang dicurinya. Susah mcm mana pun hidup kau, mencuri hak orang takkan buat kau hidup senang. 

Cuba fikir entahkan tuan laptop tu kumpul duit sampai tak makan utk beli laptop/ipad tu, kau senang2 je ambik. Tak takut ke tangan tu bernanah esok sbb duk ralit pakai hak orang? Suka sangat ke orang doa tiap hari benda buruk kat kau? Fikir lah. 

Takde sebab untuk kau mencuri. Dah jadi budak universiti kotttt, rasanya akal dah cukup panjang untuk fikir baik buruk benda yang kau nak buat tu. Kau ingat senang ke orang lain nak dptkan benda tu? Yg kau suka hati je, sedap rasa je nak ambik. Tak faham lah aku. 

Pada pencuri. Fikir. Jgn ingat kau sorg je susah. Kalau kau perempuan, kau sendiri boleh fikir. Kalau kau Islam, kau tahu apa hukumnya. Kalau kau pelajar yang ada akal, kau akan buat keputusan yang bijak. Tade perikemanusiaan ke kau duk curi hak orang? Tade hati perut ke? Makbapak hantar masuk universiti bukan suruh kau masuk bilik orang ambik harta orang. Kesian makbapak kau beb. Kesian.

Tobat lah der. Kalau kau pulangkan semula benda tu pun, tuannya takkan marah. Yg penting pulangkan. Kalau rasa malu, kau letak lah senyap2 mcm mana kau ambik secara senyap2. Semoga tuhan bukak pintu hati kau. Ameen.


Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH