Tuesday, April 15

Trip Budget Pulau Pangkor 3D2N (Part 3)

Assalamualaikum
Part 1  
Part 2

16 Mac 2014 (Ahad)

Hari ketiga pun tiba dgn lajunya. Pagi tu semua tidur nyenyak after Subuh. Pukul 8.30 mcmtu la, ada yg keluar pergi pantai main banana boat la apa boat tah pastu mandi laut smua, ada yg sambung tido memandangkan tak larat nak keluar. maklum la, nak solat pun terjengket2 ni kan pula nak jln jln nak mandi bagai kan. tp takpe la smlm puas dh aihhh berendam dlm laut hahaha

So time to check out, kami sepakat pakai baju I ❤ Pangkor sesama.
Beg pun dah kemas semua pun dah kemas, brg takde tinggal apa smua takde, settle.
Kami pun check out. Call teksi suh ambik. Sementara tunggu teksi, kami pun bergambar. Ttibe teksi dh sampai, driver teksi pun tgkp gambar kami guna hp dia hahahhha

Siapa yg takde no teksi pink Pangkor boleh call 05-6852073 dan bagitau nak ambik kat mana okay :)

thankyou abang joe tgkpkan gmbr.

And again tambang teksi dari Teluk Nipah ke Jeti,
Teksi - RM20 (RM2 seorang) 

pakcik tu offer nak bwk ronda pulau byr 70rgt so kira 7rgt sorg tp sbb budget, kami menolak dgn harapan akan dtg lagi skali nanti :D, insyaAllah.

pakcik teksi pun join tgkp gambo

Sampai di Jeti, kami pun terus naik feri yg kebetulan mmg dh sampai. 
(Feri tak payah bayar dah sebab waktu datang dan bayar so balik takpayah bayar okay)
Alhamdulillah, masa dtg kami tak dpt feri open tp masa balik kami dpt feri open jadi semua pun sakan ah brgmbr, aku maleh, pening hahahaha


gambar artis feri yg terpilih utk entry ni

td berdiri yg ni duduk punya version

Dah sampai kat Lumut, apa lagi, yg ta dpt beli ikan bilis la apa benda brg masak tah kat pangkor tu sbb mahai, boleh la shopping disini. 

dan utk balik, kami beli la tiket bas Roadway utk balik uitm seri iskandar.

Lumut - UITM Seri Iskandar

Tiket bas - RM5 seorang

Sampai je kat u, hambek hg hujan kemain lebat. dan kami pun redah la hujan tu. huhu. Alhamdulillah berakhir sudah. 

Terima kasih yg tak terhingga pd yg terlibat
(Walk-walk Girls)
- Syima
- Anie
- Hani
- Farishah
- Kinah
- Mai
- Te'ah
- Dila
- Syireen 

Jadi budget keseluruhan tanpa mengira makan/minum & cenderahati hanyalah RM75 seorang.
Jadi kalau dikira campur makan kami utk 2 hari dan cenderahati mmg tak sampai RM150. Jimat tak? Jimat gila kan? 

Tapi make sure ajak kwn rmi2. maksimum 10 org la. Kalau 5 org pun ok je pandai budget la. 
kalau lebih rasanya kena tambah bilik kot. hehe. 

So selamat bercuti. 


Thank you for visiting here :)

Trip Budget Pulau Pangkor 3D2N (Part 2)

Assalamualaikum
Part 1

15 Mac 2014 (Sabtu)

Pagi tu pukul 7 dah bising pongpang pongpang dah maklum lah 10 orang awex bangkit tidoq. Cik Farishah dan Cik Syima dah siap nak buat sandwich utk sarapan maklum la anak ramai beno nak kena bela haha.

Pukul 9 kami semua dh siap utk pergi snorkeling pulak. Jadi pukul 8.30 cemtu dah get ready dh. 
Utk snorkeling, kami jalan kaki ke pantai kat depan. Jln punya jln, jumpa lah abg yg handle snorkeling ni. 

Kami booking snorkeling ni masa kami nak ambik tiket feri sbb aku booking chalet ni ikut agent, Kak Ros, baik gila mmg sweet habis ah bersyg2 brmanja gitu hahaha tak penat nak sembang dgn dia, so dia bg harga murah habis la utk kami 10 org ni. Sekali byr je, snorkeling puas2 brp jam pun takpe dah habis call je dia dtg ambik :) Dah habis snorkeling dia bwk ronda pulau sambil perkenalkan apa batu penyu batu ikan paus batu apa tah haha mcmtu lah lbih kurang.


Snorkeling - RM16 seorang 

Balik dari snorkeling tu, sedikit malang menimpa, maklum la snorkeling kan. batu licin, tajam pulak tu, habis semua org luka2. kaki calar la kaki terbelah la kulit koyak lah kaki masuk duri ha punya siksa la smua org masa tu. Mujur lah kami dah ada nurse yg prepare segala ubat ni, tq to Cik Syima utk first aid. Dan tahniah kpd doktor terhormat yg membuka klinik dari balik snorkeling smpi dkt mlm dan merawat semua pesakit iaitu Cik Farishah.

Ada la dlm 2 jam lebih kami snorkeling tu ye la engko igt tak penat ke berendam dgn ayor masin kemain dgn tak reti nak nyumbat minatang google tu dlm mulut.

tempat kami snorkeling - Pulau Giam

gambar yg terpilih sebagai wakil snorkeling 

Semua pun dh penat, yg sakit2 tu balik bilik la rehat. yg kurang sakit tu, smua pakat terjun kolam kat depan chalet tu kemain sampai abg indon pun join jiruskan air bagi ada feel ala2 waterfall gitu.

Pastu ada datin Anie pakai spek mata besor berserta bodyguard (aku le tu) yg mnyediakan air ala2 datin dlm drama melayu tu minum juice tepi kolam kemain hot datin anie ni. 

Dan ptg tu, hujan turun dgn lebatnya. 10 org anak dara pun terbongkang tido smua. Alhamdulillah. Semua yg jadi ada hikmahnya (yg follow insta aku tahu la knp aku ckp cmtu :D)

Ptg tu, kami igt nak p jalan ronda naik basikal ke motor ke, boleh sewa ya. Kalau yg check in kat chalet ni, korg boleh cari kt lorong yg selepas lorong masuk chalet ni ada satu chalet sediakan basikal sewa yg lain kami carik semua yg ad motor je. kena pandai cari lah ya.
dlm pukul 2 -3 lbih mcmtu hujan turun. so kami pun rehat la sementara tunggu hujan reda. lepas asar dkt kul 5 cmtu, hujan dah benti, kami sepakat nak keluar makan dan berjalan-jalan kt tepi pantai. sambil berposing maut dan berselfie masing2 hanyut dgn dunia kamera sendiri, monopod, fish eye semua ada kemain uolls

late lunch - day two
(tudung aku dari 1st day smpi balik tak tukar tu je lah kaler nya~)

busy photoshoot pre-wedding photo

semua busy nak lukis atas pasir

dah siap lukis tgkp gambo le

Dah penat bertgkp gambo semua, kami pun balik ke chalet utk mmbersihkan bdn dan menanti solat maghrib.
Malam, kami masak maggi. yg keluar boleh la p cuci mata lg, yg tinggal tu tgk tv sambil mkn meggi. seronok tau mkn meggi ramai2 :) jimat pun jimat hahaha
Part 3

Thank you for visiting here :)

Trip Budget Pulau Pangkor 3D2N (Part 1)

Assalamualaikum

gambar terpilih utk gmbr pertama entry ni

Haii.

Fuh fuh fuh. Berhabuk teruk ni. Lama betul aku abaikan blog kesayangan aku ni. 
So after a few times im refreshing, akhirnya aku dpt jugak masuk ke laman dashboard dgn kelajuan internet yg maksima.

Taknak ckp panjang. Dh lama rasanya aku janji nak cerita psl trip geng walk-walk girls ke Pangkor.
sebelum tu nak habaq, kami pergi seramai 10 orang termasuk aku. So budget yg dinyatakan adalah dibahagi kepada 10 org. Kurang org, makin tinggi budget yg diperlukan. Dan budget yg dikatakan RM150 tu tak termasuk makan/minum dan cenderahati. TQ

btw, aku akan bahagikan entry trip ni kpd 3 part so takde la org boring baca pnjg2 kan. okay!
 
Lets begin.

Trip Pulau Pangkor 3 Days 2 Night

14 Mac 2014 (Jumaat)

UITM Seri Iskandar - Lumut
Kami jalan kaki dari dlm u ke bus stop yg menghala ke lumut. Lepastu tunggu bas sampai. 
Bagi yg first time nak ke lumut yg takde pengalaman, aku nasihatkan kalau nak naik bas hijau (General) tanya dulu dia sampai lumut atau sitiawan sbb kalau kau naik smpi sitiawan, budget lari sbb naik bas lagi utk ke lumut. 

kalau kau naik bas merah (Roadway) takde masalah sbb bas tu mmg akan berhenti kat lumut :)

menunggu bas yg tidak kunjung tiba~

tambang bas - RM5 (seorang)

Lumut - Pangkor
Sampai di lumut, kalau sempat, korg boleh benti mkn dlu kat tepi tu ad byk kedai mkn. kalau nak gerak terus boleh terus gerak pergi jeti utk ambik feri.
dinasihatkan bagi sesiapa yg nak keluar duit kt atm, sila keluarkan kat lumut, kat area jeti tu ada satu atm Maybank disediakan. dkt pangkor mmg ada tp kalau korg punya chalet jauh dri pekan payah skit la.

semangat baru sampai jeti nampak sunset~

tambang feri - RM10 (seorang - pergi&balik)
tambang ni korg byr time pergi je 10rgt terus so masa balik toksah kalut la nak byr lagi. tiket simpan je for emergency even takde apa pun. ok :)
time pergi ni takde rezeki nk dpt feri open so ta dpt menikmati keindahan laut waktu mlm.

dlm feri. 
lagi 3 org kat depan jd deme tgkp gambo deme je *jeling*

Jeti Pangkor - Chalet

seminggu sebelum pergi, aku dah booking chalet yg boleh memuatkan kami seramai 10 org. so punya usaha cari yg chalet sbb taknak byr utk 2 bilik (nak jimat kan xD)  dan alhamdulillah, jumpa.

permandangan chalet di siang hari

kami check in kat Pangkor Inn Chalet dekat Teluk Nipah. Kami ambik teksi dari jeti. 

Teksi - RM20 (RM2 seorang)

Chalet - RM 250 (RM25 seorang - 2 malam)
Alhamdulillah, kami dpt dua bilik tp gabung (extension room) dgn harga yg berpatutan. 
Selepas membersihkan diri, dah qada' solat semua dan mandi semua dah rehat semua, kami decide nak jalan keluar nak makan, maklum lah dari u tak mkn langsung ni.
Kalau dari chalet, jln terus je boleh nampak dah pasar malam kat situ, ada mcm2 lah. ada pasar malam, ada kedai mkn smua. kami jln kaki berhenti mkn, pastu mkn. Lepas makan tu kami semua jalan lah cuci mata kot ada nak beli ke apa ke kan. Dh habis cuci mata semua kami pun balik chalet untuk rehat.
Kami sepakat membeli baju I ❤ Pangkor setiap org utk pakai masa balik.

Baju - RM10 seorang

Part 2 
Part 3

Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH