Tuesday, April 15

Trip Budget Pulau Pangkor 3D2N (Part 2)

Assalamualaikum
Part 1

15 Mac 2014 (Sabtu)

Pagi tu pukul 7 dah bising pongpang pongpang dah maklum lah 10 orang awex bangkit tidoq. Cik Farishah dan Cik Syima dah siap nak buat sandwich utk sarapan maklum la anak ramai beno nak kena bela haha.

Pukul 9 kami semua dh siap utk pergi snorkeling pulak. Jadi pukul 8.30 cemtu dah get ready dh. 
Utk snorkeling, kami jalan kaki ke pantai kat depan. Jln punya jln, jumpa lah abg yg handle snorkeling ni. 

Kami booking snorkeling ni masa kami nak ambik tiket feri sbb aku booking chalet ni ikut agent, Kak Ros, baik gila mmg sweet habis ah bersyg2 brmanja gitu hahaha tak penat nak sembang dgn dia, so dia bg harga murah habis la utk kami 10 org ni. Sekali byr je, snorkeling puas2 brp jam pun takpe dah habis call je dia dtg ambik :) Dah habis snorkeling dia bwk ronda pulau sambil perkenalkan apa batu penyu batu ikan paus batu apa tah haha mcmtu lah lbih kurang.


Snorkeling - RM16 seorang 

Balik dari snorkeling tu, sedikit malang menimpa, maklum la snorkeling kan. batu licin, tajam pulak tu, habis semua org luka2. kaki calar la kaki terbelah la kulit koyak lah kaki masuk duri ha punya siksa la smua org masa tu. Mujur lah kami dah ada nurse yg prepare segala ubat ni, tq to Cik Syima utk first aid. Dan tahniah kpd doktor terhormat yg membuka klinik dari balik snorkeling smpi dkt mlm dan merawat semua pesakit iaitu Cik Farishah.

Ada la dlm 2 jam lebih kami snorkeling tu ye la engko igt tak penat ke berendam dgn ayor masin kemain dgn tak reti nak nyumbat minatang google tu dlm mulut.

tempat kami snorkeling - Pulau Giam

gambar yg terpilih sebagai wakil snorkeling 

Semua pun dh penat, yg sakit2 tu balik bilik la rehat. yg kurang sakit tu, smua pakat terjun kolam kat depan chalet tu kemain sampai abg indon pun join jiruskan air bagi ada feel ala2 waterfall gitu.

Pastu ada datin Anie pakai spek mata besor berserta bodyguard (aku le tu) yg mnyediakan air ala2 datin dlm drama melayu tu minum juice tepi kolam kemain hot datin anie ni. 

Dan ptg tu, hujan turun dgn lebatnya. 10 org anak dara pun terbongkang tido smua. Alhamdulillah. Semua yg jadi ada hikmahnya (yg follow insta aku tahu la knp aku ckp cmtu :D)

Ptg tu, kami igt nak p jalan ronda naik basikal ke motor ke, boleh sewa ya. Kalau yg check in kat chalet ni, korg boleh cari kt lorong yg selepas lorong masuk chalet ni ada satu chalet sediakan basikal sewa yg lain kami carik semua yg ad motor je. kena pandai cari lah ya.
dlm pukul 2 -3 lbih mcmtu hujan turun. so kami pun rehat la sementara tunggu hujan reda. lepas asar dkt kul 5 cmtu, hujan dah benti, kami sepakat nak keluar makan dan berjalan-jalan kt tepi pantai. sambil berposing maut dan berselfie masing2 hanyut dgn dunia kamera sendiri, monopod, fish eye semua ada kemain uolls

late lunch - day two
(tudung aku dari 1st day smpi balik tak tukar tu je lah kaler nya~)

busy photoshoot pre-wedding photo

semua busy nak lukis atas pasir

dah siap lukis tgkp gambo le

Dah penat bertgkp gambo semua, kami pun balik ke chalet utk mmbersihkan bdn dan menanti solat maghrib.
Malam, kami masak maggi. yg keluar boleh la p cuci mata lg, yg tinggal tu tgk tv sambil mkn meggi. seronok tau mkn meggi ramai2 :) jimat pun jimat hahaha
Part 3

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH