Tuesday, April 15

Trip Budget Pulau Pangkor 3D2N (Part 1)

Assalamualaikum

gambar terpilih utk gmbr pertama entry ni

Haii.

Fuh fuh fuh. Berhabuk teruk ni. Lama betul aku abaikan blog kesayangan aku ni. 
So after a few times im refreshing, akhirnya aku dpt jugak masuk ke laman dashboard dgn kelajuan internet yg maksima.

Taknak ckp panjang. Dh lama rasanya aku janji nak cerita psl trip geng walk-walk girls ke Pangkor.
sebelum tu nak habaq, kami pergi seramai 10 orang termasuk aku. So budget yg dinyatakan adalah dibahagi kepada 10 org. Kurang org, makin tinggi budget yg diperlukan. Dan budget yg dikatakan RM150 tu tak termasuk makan/minum dan cenderahati. TQ

btw, aku akan bahagikan entry trip ni kpd 3 part so takde la org boring baca pnjg2 kan. okay!
 
Lets begin.

Trip Pulau Pangkor 3 Days 2 Night

14 Mac 2014 (Jumaat)

UITM Seri Iskandar - Lumut
Kami jalan kaki dari dlm u ke bus stop yg menghala ke lumut. Lepastu tunggu bas sampai. 
Bagi yg first time nak ke lumut yg takde pengalaman, aku nasihatkan kalau nak naik bas hijau (General) tanya dulu dia sampai lumut atau sitiawan sbb kalau kau naik smpi sitiawan, budget lari sbb naik bas lagi utk ke lumut. 

kalau kau naik bas merah (Roadway) takde masalah sbb bas tu mmg akan berhenti kat lumut :)

menunggu bas yg tidak kunjung tiba~

tambang bas - RM5 (seorang)

Lumut - Pangkor
Sampai di lumut, kalau sempat, korg boleh benti mkn dlu kat tepi tu ad byk kedai mkn. kalau nak gerak terus boleh terus gerak pergi jeti utk ambik feri.
dinasihatkan bagi sesiapa yg nak keluar duit kt atm, sila keluarkan kat lumut, kat area jeti tu ada satu atm Maybank disediakan. dkt pangkor mmg ada tp kalau korg punya chalet jauh dri pekan payah skit la.

semangat baru sampai jeti nampak sunset~

tambang feri - RM10 (seorang - pergi&balik)
tambang ni korg byr time pergi je 10rgt terus so masa balik toksah kalut la nak byr lagi. tiket simpan je for emergency even takde apa pun. ok :)
time pergi ni takde rezeki nk dpt feri open so ta dpt menikmati keindahan laut waktu mlm.

dlm feri. 
lagi 3 org kat depan jd deme tgkp gambo deme je *jeling*

Jeti Pangkor - Chalet

seminggu sebelum pergi, aku dah booking chalet yg boleh memuatkan kami seramai 10 org. so punya usaha cari yg chalet sbb taknak byr utk 2 bilik (nak jimat kan xD)  dan alhamdulillah, jumpa.

permandangan chalet di siang hari

kami check in kat Pangkor Inn Chalet dekat Teluk Nipah. Kami ambik teksi dari jeti. 

Teksi - RM20 (RM2 seorang)

Chalet - RM 250 (RM25 seorang - 2 malam)
Alhamdulillah, kami dpt dua bilik tp gabung (extension room) dgn harga yg berpatutan. 
Selepas membersihkan diri, dah qada' solat semua dan mandi semua dah rehat semua, kami decide nak jalan keluar nak makan, maklum lah dari u tak mkn langsung ni.
Kalau dari chalet, jln terus je boleh nampak dah pasar malam kat situ, ada mcm2 lah. ada pasar malam, ada kedai mkn smua. kami jln kaki berhenti mkn, pastu mkn. Lepas makan tu kami semua jalan lah cuci mata kot ada nak beli ke apa ke kan. Dh habis cuci mata semua kami pun balik chalet untuk rehat.
Kami sepakat membeli baju I ❤ Pangkor setiap org utk pakai masa balik.

Baju - RM10 seorang

Part 2 
Part 3

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH