Saturday, June 28
Ramadhan 1435H - Cara Solat Terawih Sendirian
Ramadhan dtg lagi. Alhamdulillah, syukur dpt jumpa lagi Ramadhan tahun ni. Dlm pd ramai nak sibuk terawih ni, ad jugak yg mengeluh berat sbb tak dpt nk p surau takde masa nk turun p jemaah terawih bersama. Pelajar yg kena kalut siapkan assignment semua. Jgn risau. Boleh je buat terawih sendiri. Meh saya selitkan cara2 nya.
a) Apa Itu Solat terawih?
Solat Terawih adalah solat yang dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir. Ia disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.
Solat Terawih adalah solat yang dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir. Ia disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.
b) Bagaimana cara melakukan
Solat Terawih Bersendirian?
Sama seperti solat-solat sunat yang lain
yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari
takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Rukun sembahyang sunat
Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.
1.
Ketika hendak solat, niatkan di dalam
hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan
solat sebagaimana biasa.
2.
Bacaan-bacaan di dalam solat juga
sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang
berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja.
3.
Oleh kerana solat terawih dilakukan
dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian
bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang
dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).
c) Adakah selawat selepas setiap
2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara
melakukanya (tidak berselawat)
Berselawat selepas setiap dua rakaat
tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak
melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara
dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu
“Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus.
Jika kita tidak berselawat, kita boleh
menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca
al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat
tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.
its |
No comments:
Post a Comment