Monday, July 14

ESCAPE, Penang Part 3

Assalamualaikum

Ok ni part last lah ya. Kesian kome nak baca satu tmpt smpi 3 entry hahahha. Takpe, rajin baca. Tak rajin bye :P

Ok masih di hari yg sama iaitu Sabtu.

Setelah sampai di ESCAPE apa lagi, bergambo leeee

selamat datang semua. pehal gaya aku gedik je aigo plis lah.

Ok dh dh ckup ckup. hahaha. Ok mari kita mulakan dari meja untuk daftar.

Masa dftr, kau kena byr RM60/seorang bagi dewasa. Dan kome akan dpt lah gelang mcm kat waterpark biasa tu. ha gelang tu. 

Lepastu kau kena beli lokar nak letak brg. Takkan kau nak angkut baju kau kan. (Kami bwk baju nak mandi lepas main kalau taknak bwk pun takpe ikut suka memasing ok. Shower disediakan)

Lokar berharga RM5 dan deposit RM10. Jadi kau kena byr satu lokar RM15. And kau akan dpt gelang khas utk lokar.

Mcm kami 8 org, kami ambik 2 lokar. So dpt dua gelang, RM30. Ikut suka lh nk bg sape pakai ok. Oh lokar ni jgn risau boleh bkk byk kali kalau nk ambik brg ke apa ke. Takde mslh.

Lepastu kau kena byr lah brp kau nak utk bajet makan semua. Sbb dlm ni kau takkan guna wang tunai untuk membeli makanan dan minuman. Kau akan guna kad. Dimana kad ni, kau kena topup lah. Ala mcm kad iTalk. Mcm kad Touch n Go. Mcm tu lah. So kau topup lah. ada 3 pilihan jumlah topup. RM30, RM50, RM100. Kami 8 org jd kami ambik 2 kad. Satu kad isi RM30 so 2 kad, RM60. oh. Dont worry, kalau kau tak habis guna kau boleh dpt balik duit tu akhirnya. 

Contoh kau topup RM30, kau guna RM20 je so balik nanti kau akan pergi satu kaunter tebus wang ni, kau akan dpt balik baki kau RM10 beserta deposit yg kau letak utk lokar tadi. Kome paham kan ak ckp ni? Tak phm tanya ok. Hihi.

Lepas dh settle byr segala bagai. penat otak mengira. Aku tak campur. urusan daftar disettlekan oleh Farishah dan Syima. (Jgn lupa ambik brochure sbgi petunjuk korg nak p mana, atau nak tau toilet semua kat mana.)

Oh btw, sbgi peringatan, mereka tak benarkan bawa masuk apa jua makanan atau minuman dari luar even mineral water, semua tak boleh bwk masuk. Syima siap kena minum 100plus dia kt tmpt tu juga smpi habis baru buang botol tu haha.

Pnjang sikit naa entry ni. Nak cerita byk lagi ni. Psl dftar saja dh penuh. Hahah. Belum aktiviti lg dgn gambar lg haha.

Ok sampai je dlm, mmg pening lalat. Tatahu nak main mana. Semua tmpt ada org beratur. Mmg pening. Kena byk bersabar. Sbb kami ni semua jnis nak main cpt so kami keliru. Haha. Aku cdgkan kome main Monkey Business dulu ok. Mmg ramai tp serius sembang, tenaga korg boleh habis main benda tu saja. haha. Yg lain takpe lg terbang-2 je, yg ni mmg kena panjat lah imbang badan lah apa lah. Uihhh.

Oh ya, jgn lupa stretching ok. Kalau kau tak main Monkey Business takpe lah. Sape yg main, mmg kena stretching. Sakit badan oo. Oh bwk glove sekali ok. sbb tgn mmg sakit nak panjat tali bagai tu. 

nampak tak muka ani tu ahhahaha

Lepastu ada mcm2 lah. Kami main Flying Fox la paling gempak sekali. Panjang tau flying fox dia. dekat Moneky Business pun ada. And aku sarankan lepas tgn, depakan tgn anda seluasnya, nikmati lah saat kau terbang hahahaha. Tapi takde gambo le. Uuu. 

Lepastu main Tarzan apa tah nama dia, kau mmg terjun lah. gayat kot masa memula terjun mmg terjerit. tp bila dh hayun tak rasa apa dh lh. pastu dia akan cmpk tali kau kena tgkp ok.

gambar yg bertuah kali ini, Kina!

Bungee Jumping pun best. takde gmbr terjun yg ada gmbr sebelum terjun. 

suppose ad helmet hahaha tp dia ta pki lg. utk bungee jumping, kau pki tali mmg smpi atas. utk yg lain tali dia half je utk kaki je. yg ni mmg smpi bdn sbb tali bungee tu akn di sangkut di bahagian depan dada kau.

Pastu apa tah nama tu panjat pokok tu. mcm Wall Climbing tp kau pnjt pokok. Tu bezanya. Yg tu penat nak naik. hahaha. 
gambar terpilih kali ini, Ani!!! Hahahahha


Paling tak best game Tube apa tah. Kena tarik pelampung gedabak berat tu naik atas pastu turun kejap je. Penat pun tak habis. Uhuks sabo je lah. 

Pastu benti makan, kau beli lah guna kad tu, nti dia bgtw lah brp baki yg kau ada. Tp serius, mahal beb. Air mineral 3 ke 4rgt tak silap aku. Uihhhhh penat punya pasal, bantai je beli. Yg nak mkn, mkn lah, mahal jugak tp nk tenaga kan. 

So sape yg beli guna kad tu nti byr lah balik brp duit kau guna. Pndi2 agihkan duit ok? :D
Oh sebelum balik, depa jumpa mamat chinese ni sebijik muka Kim Jong Kook. Yg knl, ok, tak knl mohon google. 

ha sama tak? ok lah ada lah samanya. dgn muscle tu hahaha.

Mai pun excited dpt jumpa Mat Redho, aku tak kenal sapa tu. Depa kata mng Fear Factor dgn Erin Malik, malangnya, aku tak tgk pasai takda astro.

Dan balik tu kami naik bas lg pastu benti kt Padang Kota, kami p mkn, pastu jumpa dibah tgh mkn dgn mbe dia, pastu kami mkn2 sume balik jln kaki nk tggu bas dh trlepas pastu nk jln kaki p jeti, ad satu van Polis benti nk tumpangkan. kami pun naik. Igt tumpang smpi jeti rupanya naik terus feri smpi seberang. semua org usha smcm je tgk ppuan rmi2 btudung sume pulak tu naik van polis. hahaha. tp kalau kami penjahat takkan kami senyum bahagia ye dak. haha. 

so sekian cerita sy setakat ini. aku sarankan pergi lah ok. bwk lah geng2 yg suka aktiviti lasak ni. mmg syiok. aku pun nak pergi lg hehehe insyaAllah ad rezeki. 

Oh btw, Salam Ramadhan buat semua dari ekin dan suami. eh 

Part 1
Part 2

Thank you for visiting here :)

ESCAPE, Penang Part 2

 Assalamualaikum

Oh saja buat byk entry sbb taknak kome boring baca post pnjg lebar mueheheh.
Ok terus pd hari kedua kami di Penang.
21 June 2014 (Sabtu)

Kami semua dah bangun seawal 7 pagi. awal lah sgt. Semalam plan nak bangkit pukul 4 hahahaha last2 lepas subuh sume leboh balik. Pukul 6 lbih kedek2 tggu giliran nak mandi hahaha. 

Mama (kami panggil mak syima, mama) dah siap masak lagi ha. Ish3 anak dara smpi 7 org punya ramai. ish3. Lepas siap semua. Kami pun bersarapan demi meningkatkan tenaga. Maklum lah nak p exercise ni hahaha.

Kami siap semua, alhamdulillah pagi cuaca sgt baik. Kami jln kaki ke pondok bas utk ambik bas pergi ke jeti utk ambik feri dan pergi ke seberang. Ekin (adik syima) pun ikut sekali. Tgkp gambo lu. 

*kaki ekin takdak pasai dia p berkejar balik umah ambik dompet trtinggal.

Oh ya, korg kena sediakan syiling tau nak naik bas. Maklum le awak bukan naik kete ok.

Alhamdulillah utk kami sbb dkt rumah, tok (nenek syima) dah siap2 agihkan duit syiling utk tukar. sbbnya, naik feri kena bg duit syiling je ok. duit syiling 20sen tak silap. kena ada RM1.20.

Perjalanan mencabar tau pagi2. Punya berlari nak kejar bas sekali bas tu tinggai kami mcmtu je pdahal dia nmpk tu. Cis! Sabo je lah. Pastu dgn lelah kemainnya, kami tunggu, alhamdulillah tak sampai 10 minit, satu lagi bas smpi. Kami pun naik. Nasib bas selesa. Muehehe. 

Sampai di jeti, kami pun naik feri. kebetulan ada feri baru nak bertolak, yg kami ni duk lari mcm kena kejar hantu ha. Kalut uih. Bila dh naik siap smpt tgkp gambo lg baru feri jln. 

cukup 8 kan? ok bagus.

Ok so selepas kami sampai di seberang, kami carik bas lagi. Dan kebetulan ada bas yg mmg terus pergi ke ESCAPE. aku lupa lah. Kome tanya lah bas tu ok. cari bas yg menghala ke Teluk Bahang

Lepastu perjalanan jauh ok. Dlm sejam jugak lah. Tgk pd pemandu. Hihi. Takpe. Dpt lah cuci mata skit, ada omputih naik kan. Pastu lalu kat pekan, rmi yg naik basikal sewa berjalan2. 

Lepastu akhirnya kami pun sampai. Sempat tido tau. Charge tenaga haha. and here we go our activities in ESCAPE, Penang!

bersambung....



Thank you for visiting here :)

ESCAPE, Penang Part 1

Assalamualaikum
Maafkan tuan hamba kerana lambat mengupdate. Hampir sebulan baru teringat nak update. Punca lambat sebenarnya sebab gambar tak ada. Dah dapat gambar boleh lupa pula. Aisey. Sekali lagi maafkan tuan hamba. 
Selepas Trip Budget Pangkor semester lepas, WalkWalkGirls (mai yg kasi nama ni - sebab kami kuat jalan.) telah mengambil keputusan untuk pergi ke ESCAPE, Penang . Kata Syima (budak penang) escape ni tempat bermain akitiviti lasak. Jadi bagi aku yg sememangnya menggilai sukan lasak ni, mmg gila gila lah nak pergi kan. Tapi malangnya, jika semester lepas 10 orang yang pergi. Tapi kali ni hanya 7 orang yang dapat pergi. Lagi 3 mempunyai alasan masing-masing. 
Okay settle mukadimah. Jom terus cerita apa yg kami buat kat sana. Muehehehe.
20 June 2014 (Jumaat)

Lepas kelas account, kami jalan kaki p pondok bas yg menghala ke Ipoh. sbb kat SI takde bas terus p Penang so kena ambik bas kat Ipoh. So sambil menunggu-2 tu kami duk lah lepak2. oh apa lagi. Selfie lah.
*dari kiri - adibah, farisha, hani(tudung hijo), ani, (tudung biru), aku, kina, mai, syima
*adibah ada sekali sbb dia nak balik penang jugak ^o^

Ok sy teruskan. Setelah sampai di Terminal AmanJaya, kami pun beli lah tiket bas. Pukul 12.30 kot. Ok sbulan lepas mmg tak igt lah. haha.

Lepastu singgah beli earphone lepastu beli Roti Boy. Ha ambik hg bantai beli 3 teruih. Haha. 
Dan kami pun naik bas menuju ke Penang.

Setelah sampai, kami ambik bas lompat pulak dan turun di pondok bas berhampiran rumah syima. Oh ya, terima kasih kepada Hasyimah Mahmud kerana mensponsor penginapan kami sepanjang kami berada di sini. Muehehehe, Dan kami pun berehat lah sampai esoknyaaaaa

bersambung....



Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH