Monday, July 14

ESCAPE, Penang Part 1

Assalamualaikum
Maafkan tuan hamba kerana lambat mengupdate. Hampir sebulan baru teringat nak update. Punca lambat sebenarnya sebab gambar tak ada. Dah dapat gambar boleh lupa pula. Aisey. Sekali lagi maafkan tuan hamba. 
Selepas Trip Budget Pangkor semester lepas, WalkWalkGirls (mai yg kasi nama ni - sebab kami kuat jalan.) telah mengambil keputusan untuk pergi ke ESCAPE, Penang . Kata Syima (budak penang) escape ni tempat bermain akitiviti lasak. Jadi bagi aku yg sememangnya menggilai sukan lasak ni, mmg gila gila lah nak pergi kan. Tapi malangnya, jika semester lepas 10 orang yang pergi. Tapi kali ni hanya 7 orang yang dapat pergi. Lagi 3 mempunyai alasan masing-masing. 
Okay settle mukadimah. Jom terus cerita apa yg kami buat kat sana. Muehehehe.
20 June 2014 (Jumaat)

Lepas kelas account, kami jalan kaki p pondok bas yg menghala ke Ipoh. sbb kat SI takde bas terus p Penang so kena ambik bas kat Ipoh. So sambil menunggu-2 tu kami duk lah lepak2. oh apa lagi. Selfie lah.
*dari kiri - adibah, farisha, hani(tudung hijo), ani, (tudung biru), aku, kina, mai, syima
*adibah ada sekali sbb dia nak balik penang jugak ^o^

Ok sy teruskan. Setelah sampai di Terminal AmanJaya, kami pun beli lah tiket bas. Pukul 12.30 kot. Ok sbulan lepas mmg tak igt lah. haha.

Lepastu singgah beli earphone lepastu beli Roti Boy. Ha ambik hg bantai beli 3 teruih. Haha. 
Dan kami pun naik bas menuju ke Penang.

Setelah sampai, kami ambik bas lompat pulak dan turun di pondok bas berhampiran rumah syima. Oh ya, terima kasih kepada Hasyimah Mahmud kerana mensponsor penginapan kami sepanjang kami berada di sini. Muehehehe, Dan kami pun berehat lah sampai esoknyaaaaa

bersambung....



Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH