Saturday, March 19

What happened to me? -part 2-

Assalamualaikum
Sambungan....
16 June 2015
(Lebih kurang jam 5 petang)
Clasmate aku, kecik, Aina and Pika dtg melawat aku kat hospital. Masa ni housemate takde dtg (krisis).
Tak lama lepastu, mak and ayah dgn kakak sampai. Sempat lah mak jumpa classmate aku yg dtg melawat. Masa tu diorg pun nak balik dah. Kak Nomah dgn maknyah pun dtg dri JB. Pastu dkt2 pukul 6 mcmtu, doc suruh tukar baju operation. Huwaaa. Mak pun tlg aku tukar baju semua. Aku bagi hp dkt kakak, aku suruh kakak msj fiqhry bagitahu aku nak masuk bilik operation. Dan kakak pun sempat tgkp gmbr aku.



Aku tak sure jam brp aku habis operate. Sbb aku sedar pun tak tahu pukul brp. Yg aku tahu, aku bukak mata aku rasa pening gila gila. Mak ckp ubat bius tak habis lg. Jadi, aku tutup je mata aku. Dan tidur, 

keadaan aku selepas operate. tidur je memanjang.

benda yg warna hijau mcm kotak tepi tu ubat tahan sakit. 

Dia ltk kt tgn aku benda utk picit. Kalau aku tekan benda tu, ubat tahan sakit tu akan masuk dlm bdn aku. Tapi effect dia, aku muntah. Tapi setiap kali aku muntah sakit lah sbb perut baru lepas kena belah beb. Dia stapler pulak tu perut aku. Bukan jahit. Gam and stapler. Kau rasa??

Dan selepas tu mak aku ckp kalau boleh tahan sakit jgn picit benda tu. Sbb nak muntah lagi sakit. Aku belum dibenarkan makan. Diorg masuk air je kt dlm bdn ikut wayar tiub tu.

Setelah aku sedar dan okay, doc dtg approach aku dan explain psl sakit aku.

Aku disahkan ada Endometriosis; Ovarian Cyst. Cyst tu berada di bahagian kiri ovari aku. Ovari tu tau tak mende? Kilang telur. Bukan rahim tau. Tapi doc tak buang lah ovari aku. Dia cuma cuci cyst yg pecah tu. Dia kata selama ni yang aku duk igt period pain tu, sebenarnya benda ni lah. Aku mkn panadol kdg utk hlgkan sakit, rupanya dia hanya sementara je. Sbb cyst tu membesar, Dan sebabtu jugak perut aku buncit semacam. Bukan buncit sbb mkn byk tp sbb benda tu. Berat aku turun mendadak lepas aku operate. Cyst tu sahaja dah berkilo. 

Jadi korg yang suka sgt kena period pain tu, p lah jumpa doc scan apa yg patut. Bukan nak kata ada, cuma langkah berjaga2, Doc kata, cyst ni semua orang ada tau. Beza besar dgn kecik je ok. So semua beware okay.

Utk lebih lanjut boleh google sendiri la. Aku nak cerita tak rajin. Hehehe.

Kena tahan wad sampai lebih 10 hari. And last day fiqhry dtg melaka utk teman aku discharge. Dia jumpa la mak and kakak. Dan aku discharge dgn jayanya.

Sampai sini je okay. Bye  


Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH