Saturday, March 19

What happened to me?

Assalamualaikum

Hi hi. Mashaallah lama betul aku tinggal ni. First time setahun tinggal blog tanpa update. Harini dah masuk 20 March. Last post aku masa aku mula mula masuk UiTM KBM (Kampus Bandar Melaka) iaitu pada 7 March. Dan setahun 17 hari. 

Sebenarnya tadi beli internet 2GB, niat di hati nak dload running man. Tapi ya ampun line maxis taktau nak habaq la dia punya 'laju' tu. Maka aku pun download la slide note dari i-learn. Dan terfkir nak bukak blog ni. Lama tinggal berhabuk. Fuhhh. 

Nak cerita sikit lah, ada sesuatu yang besar (bagi aku) dah jadi pada aku sem lepas iaitu sem 2. Final exam dekat bilik sakit okay. Huhuhu.

15 June 2015
(Lebih kurang jam 2 petang)

Aku lepas makan nasi berlaukkan ikan keli masak sambal merah, sakit perut. Pergi lah toilet. Aku igt cirit birit biasa lah kan. Tapi lepas tu, aku muntah muntah. Aku dah fikir period pain ke sbb smpi muntah. Aku duk lah ulang alik toilet bilik banyak kali. Sampai lastnya, aku tak larat nak jejak katil dah. Aku tumbang dan menahan sakit. Aku panggil housemate dan diorg call UK (unit kesihatan) utk ambik aku. Ambulans pun dtg dan aku dibawa ke UK. Sakit toksah ckp berpeluh aku masa tu. 
UK terpaksa refer aku pada Hospital Besar Melaka. Dan aku disahkan appendix. Mulanya aku disahkan appendix. Tapi doc scan perut aku dan masa tu punya lah penuh doctor pratikal keliling aku. Duk tanya ulang kali nama aku apa lah belajar apa semua la. Serabut kepala hotak aku. 

(Lebih kurang jam 4 petang)

Aku ambik sampel air kencing. Dah mcm homeless dah rasa dgn tak berkasutnya T.T
Lepastu doctor dtg and ckp, masa scan, dia dapati di kawasan ovari aku, sepatutnya, takde air dekat situ, tapi masa scan ada air. Jadi setelah beberapa doc yang dtg tgk, diorg sahkan aku ada CYST. bahasa melayu dia ketumbuhan. CYST tu dah pecah! O.o
Dan doctor kata kena operation segera. Aku dah gagau dah masa tu. Ku fikir appendix tu pecah. Lain mcm je. Padia tetibe kena operate pulak dahhhh. Mak aku call, aku bagitahu aku masuk hospital semua. Mak aku ckp kalau kena tahan wad bagitahu. Dan lepastu aku bagitahu lah, mak aku ckp esok pagi2 dia gerak dari Ipoh dgn ayah.

(Lebih kurang jam 6 petang)

Mak aku suruh mintak transfer aku ke Hospital Ipoh. Tapi doc tak kasi, Dia ckp tak boleh lambatkan, Nanti bahaya, Sbb cyst tu dah pecah. Takut kuman jangkit dkt tempat lain. Doc tanya aku boleh tak sign sendiri utk operation, sbb aku dah lebih 18 jadi aku boleh sign sendiri. Aku taknak. Aku ckp nak tunggu mak aku. Doc ckp bila mak smpi aku ckp mak dari Ipoh gerak pagi esok, 

Aku masuk wad malam tu. Doc suruh puasa. Sbb nk operate kan. Pn Maya dtg hntr baju dan dia tlg aku ambikkan baju hospital semua. Alhamdulillah terima kasih sgt la dekat Pn Maya masa tu. Aku pun tidur dengan perasaan bercampur2.

tak suka nya wayar penuh kat tgn T_T

Aku sambung kat entry sebelah eh tak suka pnjang2 lah. haha

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH