Monday, February 13

My Engagement Day - 1: List Hantaran

Assalamualaikum



Alhamdulillah. 11 Februari 2017, aku dah selamat bertukar status. Daripada cik teman kepada cik tunang. Banyak aral melintang jugak nak tunggu ke majlis ni. Macam macam hal haha. Tapi alhamdulillah, berjalan lancar majlis ni. Ok taknak cakap panjang! Jom start the budget and details :)
Benda pertama fikir bila nak bertunang ni ofcos lah hantaran dan perbincangan keluarga. Aku dengan fiqhry dah decide memula nak hantaran buat simple aje, 5 balas 7 aje. Tapi apabila sudah dibawa kpd perbincangan keluarga adalah sedikit perubahan jadinya 9 ke 11. Kemudian ada lagi perubahan membawa kepada 11 dan 13. Jadi final, 11 berbalas 13. Menangis tak berlagu lah aku yg student ni mengeluarkan duit hahaha. 
Untuk pihak aku, 13 dulang, aku takde sewa. Buat sendiri aje semua. Bunga pun beli sendiri. Untuk yg stay Ipoh, utk bunga aku beli dekat VR Star dkt Jalan KK. Dulang pulak setelah survey, aku beli dkt Sincraft berhadapan McD pekan Ipoh (mcd ni dh tutup). Segala hiasan reben dan tali semua aku cari dkt 
dua kedai ni je. 
Budget Dulang (13): RM104 (Sincraft)
Budget Bunga: RM50 (VR Star)
Budget Hiasan: RM30
WARNING: ENTRY POST SGT PANJANG DAN AKAN BERSAMBUNG DI PART 2 DAN 3. JIKA MALAS BOLEH STOP BACA DAN SKIP SKIP :p

Hantaran Perempuan ke Lelaki (13 dulang)

1) Sireh Junjung


Minta maap lah ya. Sireh ni masa ambik cantik hahaha tapi sbb ambik time tgh panas bwk balik sireh nya udah nak layu. Sampai rumah terus simpan dlm fridge T_T 

Untuk sireh junjung ni, adat lah kiranya, Sebelah lelaki bagi tepak sirih.  Merata cari sireh murah ye lah sbb adat je kan bkn nak makan, mahal pun buat apa. Jumpa akak ni dalam group fb Ipoh Ipoh Ajer. Sireh and bunga semua FRESH okay. Dia siap tambah bunga plastik sbb nampak kosong, klu org lain rasanya bunga plastik dah tambah caj lain tau. Untuk org Ipoh, boleh lah order kat Lynda Bridal and Beauty.

Budget: RM35

2) Cupcake


Cupcake atau Cake ni orang kata benda basic lah patut ada dalam hantaran. Alhamdulillah utk cupcake aku tak keluar budget sbb ada orang sponsor. Ni mak angkat adik bongsu aku yang sponsor.

Budget: RM0

3) Buah-buahan


Buah-buahan pun basic things jugak dlm hantaran. Yg ni aku beli kat Mydin depan rumah je haha. Jimat. Beli anggur, epal merah, dgn buah delima putih. Sbb nak matching warna tu beli satu warna je semua haha.

Budget: RM20

4) Kurma


Yg ni antara barang last minute haha. Yg ni barang yg dibeli setelah tahu ada penambahan 2 dulang lagi. Nasib ada kedai Hanana Food ni dlm manjoi, aku tgk kotak cantik kurma lagi apa lagi beli lah haha. 

Budget: RM14

5) Cookies


Yg ni beli dekat Famos Amos dekat Aeon Klebang Ipoh. Beli yg set gift punya, pastu tambah lagi coklat. Riben semua staff kedai tu tlg ikat. Omey angat.

Budget: RM40

6) Gula-gula


Ok untuk ni pulak, gula-gula officemate mak aku yg buatkan. Dalam tu mak aku kata gula gula bulat mcm telur puyuh haha. Aku tak boleh nak bayang jenis nya.

Budget: RM25

7) Cheese Tart


Yang ni pun last minute haha. Beli dkt Harolds Bread . Mujur mira kerja malam sebelum majlis, aku suruh dia sapu semua yg ada. Mujur ada bekas ni lebih jgk. Jenuh menyusun. Haha. Cheestart ni 4 ketul RM10. Aku beli 8.

Budget: RM20

8) Bahulu Ikan


Bahulu ibu ikan beserta 6 ekor anak ikan. Simbolik untuk zuriat orang kata. Pun cari dkt group fb Ipoh Ipoh Ajer. Yg jual ni nama fb dia Ratna Watie. Tapi tak sure lah link dia. Sbb cari tak boleh bukak. Tapi utk yg berminat boleh contact number ni 0165659364 :)

Budget: RM35

9) Pulut Kuning

Maap pulutnya tak nampak hahaha. Pulut ni my mom yg buat. Bekas pulut and serunding beli dekat kedai 2 rgt je. Serunding beli. Senang, 

Budget: RM16

10) Tuala


Jangan menafikan kreativiti I ok. haha. Buat sendiri ni. Jenuh gulung paper tau. Beli tuala biasa je takde tulisan senang nak pakai buat mandi. Kalau ada tulisan takut tak lalu nak guna haha. Beli dkt Billion Jelapang. 

Budget: RM20

11) Sejadah &Songkok



Ha yg ni pun I gubah sendiri ok. Nasib tak tidur time kelas seni zaman sekolah boleh la buat lipat2 ni haha. Sejadah and songkok ni beli dkt Shamensi Grenntown Nova. Dkt dlm Angsana Mall (dulu Greentown Mall) pun ada. Memang kedai yg biasa pegi time raya klu nak beli songkok or sejadah or lain2. 

Budget: RM40

12) Samping & Kain Pasang


Samping ni beli dekat Jakel Greentown Ipoh. Yg kain pasang tu fiqhry yg belikan, Lepastu baru ltk masa hari majlis sbbtu tak dpt nk cantik sgt gubah. Huhu. 

Budget: RM100

13) Potpuri



Yang ni tambahan last mnute jugak sbb terlupa nak beli lollipop haha. Beli dkt Kaison Aeon je. Yg ni hak milik peribadi sebenarnya haha. Bekas tu pun pinjam mak. Sekadar nak melengkapkan jumlah hantaran. 

Budget: RM1

Okay so untuk full budget hantaran sebelah aku, ini je lah.

Untuk lelaki aku tak tahu budget diorg so aku listkan aje lah apa hantaran deme bagi.

1) Cheese tart
2) Buah-buahan
3) Maruku / Kerepek / Tart Nenas
4) Coklat
5) Muffin cute
6) Tepak Sireh
7) Tuala
8) Kain Pasang
9) Telekung
10) Bahulu
11) Cincin

Telekung ada 2 set. Satu utk kakak aku sbb aku kira langkah bendul lah kan :) Kakak aku dah rembat telekung jenis licin yang sedap tu maka tinggalkan telekung jenis cotton utk aku T_T

Untuk cincin ni, aku yg beli. Dari risik ke tunang, Poh Kong menjadi pilihan. Harga dia pun tak lah mahal mana! Punya la igt emas ni mahal emmm. Haha. 


Design memang simple sbb aku ni bukan lah feminin sgt nak pakai emas berbatu batu ni haha. Dah lah ganas nanti jahanam pulak. Risik biasa aje cincin belah rotan. 

So settle bab hantaran. Supposedly masa bertunang ni makanan aje letak. Tapi since belah lelaki nak letak barang jadi kita letak jugak so masa nikah tak perlu hantaran dah. MUKTAMAD! haha. tapi kalau ada duit lebih boleh je nak buat. Just bukan priority lah. 

TOTAL BUDGET:

RM550 

Ok dah boleh catu makan lepasni ok hahaha. Next post about my dress and stuff on majlis :)

Love, ekin

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH