Monday, February 13

My Engagement Day - 2: Budget Majlis Pertunangan

Assalamualaikum


Hi. Ok last post dah cerita pasal hantaran kan. Yg tak baca lagi click LINK NI. Hantaran saja budget dah over RM500. Jom tgk budget untuk majlis pulak.

1) Dress


Dress ni aku beli dkt butik Arca Creation dkt Aeon Bandar Melaka. Harga ori dia RM300+ tapi sbb dah tgh clearance stock, aku beruntung harga dia rendah.

Budget: RM100

2) Kasut



Yg ni lagi lah tak perlu kan haha. Sbb kau bukan kluar rumah. Tapi aku keluar la kejap lepak dgn kawan aku yg dtg. Diorg kira orang last yg balik lah. So ada lah jugak guna kassut ni. Sbb lepas je diorg balik aku terus tukar baju haha. Aku beli dkt Aeon Melaka jugak. Kedai apa nama tak ingat lah. 

Budget: RM60

3) Veil

 

Ini last minute punya tambahan. Sebabkan shawl yg aku pakai sama warna dengan baju aku jadi macam tak naik pulak warna tu. Jadi decide untuk cari satu. Try utk cari yg dh siap kira nak beli lah. Tapi mahalnya ya ampun. RM100 above okay. Membazir rasa sbb ye lah pakai sekali je. Cari lagi cari. Kat instagram. Jumpa pun. Dia buat sewa. Eyqa Lala ni budak fashion kt UiTM SI. Last minute jugak order. Dia buatkan baru kiranya aku first hand lah utk veil ni. Hihi. Kalau nak beli RM100 :)

Budget: RM35

4) Makeup

Demo seminggu dibuat sebelum majlis. Gituu hahaha

this time, mekap half done



Utk mekap ni kakak aku yg jadi mak andam. Jenuh kena marah. Ye lah aku ni bukan jenis mekap. Mana reti duduk diam. Haha. Dia dah pernah demo sekali. Brg untuk dia mekapkan aku, aku lah jadi tukang beli nya.
Hasil nya. Haha

Budget: RM50

5) Henna

dah kabur sikit sbb buat 3 hari sebelum majlis haha. 

Utk henna ni simple aje aku buat. Actually aku ada habit gigit kuku so kuku aku tak cantik. Jadi aku buat henna ni design dekat jari je. So bila org tgk tgn, automatik diorg tak fokus kat kuku. Haha. Design dia aku search kat IG je. Dah jumpa, aku cari org yg boleh buat dgn harga murah. Alhamdulillah, jumpa IG Henna Shuhaida ni. Dia ni org manjoi. Aku g buat ni pun kat rumah dia. Dia caj sebelah tangan RM7 je. rate paling rendah la kira. Ada sebab kenapa aku buat awal. Jgn ditanya hahahaha. 

dari tepi nampak cun kan henna tu? hehe.

Budget: RM14

6) Bunga Tangan


 Bunga tangan ni beli yg dh siap aje. Dkt mana? Kaison! haha. serius sempoi. Tak sangka ada yg dah siap mcmni. mmg tayah guna otak nak gubah sendiri. Tema pun cun dah warna pink.


Budget: RM15

7) Photographer

Photographer - paling kanan.

Photographer tak lain tak bukan pak sedara aku sendiri. Adik kepada mak aku. Tu atas tu gambar dia dgn mak aku and kkak mak aku. Kira 3 beradik la dari 5. Dia ni part time photographer wedding and so on. Gambar dia tangkap nice lah jugak. Simple je arahan suruh posing haha. Dia tak lah fully sponsor, hulur lah sikit buat duit minyak. Siapa nak tgk hasil shoot dia boleh tgk IG HK Photography atau FB Hamzah Kumas Photography.




Budget: RM50

8) Pelamin Mini


Untuk pelamin pulak, plan nak diy tapi kos diy lagi tinggi so cari lah yg paling murah. Jumpa ni dekat IG Pelamin Mini ni. Aku self pickup dkt kedai dia area RTC Gopeng. Jauh jugak tp okay lah takde lah teruk sgt aku nak pergi pun. Kalau nak dia psgkan dia caj RM250. Nak pasang bukan susah pun. Siap boleh buat ikut idea sendiri lagi byr RM150 je. Deposit RM100 pulang barang dpt semula :) Fairy light kat atas tu tambahan brg sendiri beli dkt Kaison tak mahal pun. Yg bantal merah tu pun sendiri punya sbb arwah opah dulu buat tekat (Org Perak tahu lah). 

gambar ketika duduk

gambar ketika berdiri.

Budget: RM150

9) Kanopi & Khemah




Keselesaan tetamu harus diutamakan, jadi khemah ni kira perlu la. Utk kanopi ni ayah aku ambik sebuah aje. Cukup untuk semua tetamu. Yg perempuan makan dalam rumah pun boleh. Untuk katering, ambik dengan bff mak, Cik Ina. Nasi tomato & bubur kacang utk 50 orang harga lebih kurang RM450. Lepastu mak masak sendiri bihun dan nasi goreng. Pastu ada nasi putih dengan lauk ikan asam pedas. Barang basah lebih kurang RM50++. Air teh o dgn oren. kopi pun ada pun pakcik-pakcik yg nak. hihi. Utk makan dan khemah, mak ayah sponsor alhamdulillah :)

Budget: RM500 (Cater shj - kanopi tak tahu harga)

10) Goodies Bag


Buat simple je. Beli paper bag dkt SKK Jalan KK pastu beli kertas doolie tu yg bunga tu. Pastu beli coklat wafer, jeli, mineral water dgn lollipop. Mula cadang nak buat bagi pada keluarga pihak lelaki je. Tapi ada lebih so buat lah lebih. Siapa yg dpt, dpt lah haha. 

Budget: RM50

Rasanya untuk majlis, ini je lah kot budget aku. Alhamdulillah, walaupun ada yg kata terlebih tapi rezeki masing-masing lah kan. Rasa mampu, kalau nak buat apa lah salahnya. Untuk majlis ni selain yg dinyatakan sponsor, semua guna duit sendiri okay. Sbb time majlis tunang je lah pun perempuan nak keluar duit lebih sikit kan :) 

Full Budget Majlis Tunang

TOTAL: RM1050

TOTAL KESELURUHAN :
RM1600

Next and last post pasal majlis ni akan update beserta gambar pulak ok ;)

Love, ekin

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH