Thursday, May 10

Majlis Perkahwinan Ekin: Full Budget Majlis Nikah

Assalamualaikum

PS: INI HANYA LAH PERKONGSIAN BAJET SAHAJA. KURANG DAN LEBIH MEMBAZIR ATAU TIDAK BERGANTUNG PADA INDIVIDU. SETIAP BAJET AKU SERTAKAN KORANG BOLEH ADJUST IKUT BAJET KORANG. JANGAN JUDGE PULAK AKU NI BAZIR KE APA KE TAK SUKA JANGAN BACA ;)


Alhamdulillah syukur syukur syukur kpd Allah SWT. Semoga perkahwinan ekin dan suami berkekalan hingga Jannah dan semoga cepat2 dikurniakan zuriat yang sihat dan soleh/solehah. 

Usai sudah majlis pernikahan kami berdua pada 13 April 2018. Lagi beberapa hari genap sebulan dah Miss Ekin bertukar kpd Mrs Fiqhry. Maaf atas kelewatan update, busy satu hal, laptop takde pun satu hal.
Okay lah kita jangan panjangkan cerita. For sure ada yang nak sangat tahu budget aku utk majlis nikah kan? Take note ya. Entry ni untuk majlis nikah sahaja. Untuk majlis sanding, akan di sambung di post seterusnya :)
Okay Post lepas, aku dah post berkenaan Step 2 dan Step 3 sebelum bernikah. Pasal borang dan semua lah. So kali ni kita kisahkan psl apa yg di prepare untuk majlis nikah hehe.
1) BAJU NIKAH

Kami beli dah siap je. Utk org Ipoh, semua pun tahu Greentown Nova dan Angsana Mall adalah antara kawasan yang famous untuk bakal pengantin cari baju. Terutamanya bakal pengantin yang budget mcm kami haha.
Survey punya survey, alhamdulillah, jumpa satu butik yang menjual baju yang kena dgn budget kami dan baju yang cantik. 

Baju Melayu sepasang + Samping = RM180
Baju Perempuan sepasang + custom made veil = RM200
Kami beli satu set dpt harga murah kalau beli asing harga lain ya ;)
Untuk tudung yang aku pakai, beli kat Angsana Mall je. Berlambak jual haha.
Tudung Bawal Chiffon Plain = RM15 

FB : https://www.facebook.com/busanahaqisya
IG : https://www.instagram.com/haqisyaidaman/

BUDGET : RM395

2) MAKEUP NIKAH

 

Untuk makeup nikah aku, aku ambik dgn KienaHinna. Alhamdulillah dia makeup kan aku terasa cantik sgt. Haha. Aku tak confident dgn baju putih sebenarnya. Tapi alhamdulillah, makeup dia ni buat aku rasa confident di hari bahagia aku hehe. Plus kak kiena ni pandai bersembang dia tahu time bila patut ajak sembang time bila tak. Dia bwk ringlight dia sendiri so hasil gmbr mmg nampak cantik sgt.

FB: https://www.facebook.com/kienah.inna
IG: https://www.instagram.com/kienahinna/

BUDGET : RM200

3) HENNA

 

Inai dan henna aku ambik dengan Kak Zira. Yg ni aku walkin je ke rumah dia. Aku buat simple henna. Sebelah jari aku buat henna dekat jari je then untuk henna corak aku buat kat tapak tangan hehe. Sebab taknak obvious sgt bapak aku nampak nanti haha. Warna dia memang terbaik terang sgt aku suka gila. Inai kat kuku kaki tangan dah 3 minggu masih tak hilang lg memang nice lah. 

FB: https://web.facebook.com/ziramarliza/
IG: https://www.instagram.com/geehennalaceart/

BUDGET :  RM 65

4) BUNGA TANGAN & LENS


Bunga tangan aku pinjam je bunga tangan sanding punya jimat tayah nak beli lain haha.


Lens kakak aku yg belikan. Sbbkan aku ni berkaca mata jadi nak lah bukak spek ni kan. So aku pki lens. Warna golden grey kot kkak aku la tukang plih dan beli. 

IG LENS: https://www.instagram.com/wawasoftlens.nana/

BUDGET : RM30


5) SET NIKAH 

Mulanya, kami bercadang nak nikah di masjid, kemudian masa nak submit borang nikah, ustaz tu ckp masjid yg kami nak nikah tu, ada ustaz yang jaga kawasan tu ha aku malas kira apa, last2 kami decide untuk nikah di rumah je. Jadi bila nikah di rumah, rasa mcm kemas sikit kalau ada.

Sewa dia termurah yang aku jumpa. Dpt 4 item. Harga sewaan cuma RM60 dan deposit RM50 akan dipulangkan jika barang dah return. The best thing is karpet dia aku guna jugak utk hari bersanding sebab putih and cantik. Meja tu pulak aku buat letak kek. Senang gila.


Set include
2 tempat duduk (ottoman pillow)
Meja nikah
Karpet putih berbulu

IG : https://www.instagram.com/pelamin_mini_perak/

BUDGET : RM60

5) CINCIN NIKAH

Benda paling utama ni. Aku ni bukan lah pemakai barang kemas apatah lagi cincin dan gelang berbentuk, jadi aku ckp pd tunang (skrg dh suami) yang aku nak simple je. And within budget lah. Sbb aku ni ganas org nya, dan bukan lah yang tegar sgt bab brg kemas. 


Sorry takde tangkap gambar cincin sebab lepas beli terus husband pegang haha
Kedai Emas Che Su menjadi pilihan. Suami sendiri yg pilih cincin ni. Dia suka katanya design cantik.


yg ni pulak cincin suami, beli dekat Mydin Meru. Memang ada satu kedai je yg buat cincin silver ni. Simple dan cantik. Hehe.

BUDGET : RM 850

6) JAMUAN MAJLIS NIKAH

Untuk yang ni, tak ramai pun sbb nikah kan. Kami nikah pulak time lepas asar cmtu so jamuan pun jamuan ringan je. Yg ni, mak ambik dengan jiran depan rumah aje, Cik Jue. 
Jamuan utk lebih kurang 50 orang sahaja. Mcm time tunang dlu je.

BUDGET : RM100

Photographer DAN Pelamin akan di update dekat next entry sbb photgrapher dan pelamin untuk nikah dan sanding adalah sama. Hehe.

So overall budget untuk Majlis nikah :-
TOTAL BUDGET : RM 1,700

okay sape yang nak baca psl majlis sanding pulak, wait for the next post okay ;)

Love,
Ekin

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH