Wednesday, March 14

Stepbystep: #2 Persediaan Borang untuk Bernikah

Assalamualaikum

Image result for check borang kahwin

Hi semua. Maaf lah lama tinggal. Sibuk dgn macam-macam. So after done my Step 1, kita move on ke Step 2 which is pasal borang borang yang kena ada masa apply untuk bernikah.
Tapi aku skrg akan cerita ikut pada step yg aku buat lah. So terpulang pada korang la nak ikut step macam mana. Yang penting checklist borang kena lengkap. Okay?

Ok utk persedian borang, aku akan cerita untuk side aku dimana tunang berasal dari Selangor dan aku pulak dari Perak. Sedikit rumit la.

1) Kursus kahwin.

Utk kursus kahwin korang kena pergi lah ya. Wajib ada okay. Tak lama pun 2 hari je. Aku dh siapfirst step ni awal2 lagi. Aku ada buat jugak sedikit pencerahan pasal kursus kahwin ni. Yg tak baca lg nanti boleh jenguk -> Kursus Kahwin

Make sure sijil tu simpan ya. Kalau tak jd lah case mcm aku. Boleh pulak kursus kahwin hilang. Sakit kepala jap haha. Nasib lah tak susah. In case korang punya hilang, cepat-cepat lah contact pusat kursus yg korang pergi tu. 

Mcm aku, aku call dan urusetia ckp kena dtg ambik surat pengesahan dan bawa ke JAWI utk sign dan pengesahan. Mcm aku sbb aku kat Perak, lepastu tunang pulak kerja tak ada masa. Jadi aku minta tolong urusetia tu uruskan. Alhamdulillah dia boleh je uruskan cuma kena ikut timing dia lah. Mcm aku, seminggu gak kna tunggu dia punya time nak ke JAWI. Cuma perlu bayar lah sijil baru dan kos postage. OK next!

2) HIV Test  

Okay utk HIV test ni, senang jer nak buat. Borang dia korang boleh dptkn online dari website pejabat agama. Biasanya dia mmg dah bagi sekali korang tinggal print dan bawak borang tu utk bwk ke klinik. Ingat ya, HIV TEST ni, hanya boleh buat kat KLINIK KERAJAAN sahaja. Swasta is a no no.
Aku buat kat Klinik Menglembu. Terbaik. Sebab apa? Sebab takde sape nak buat ujian tu kat situ haha. Situ kawasan cina jadi memang cina penuh dlm klinik tu. Aku buat tak sampai 15minit pun tunggu. Byr RM1 lepastu jumpa doktor. Ujian dia simple je. Ala2 pregnancy test, tapi guna darah.

3) Borang Nikah 

Alhamdulillah, selesai kursus kahwin dengan Hiv Test, boleh lah korang settlekan apa yang patut. Firstly bagi tunang aku, dia Selangor, jadi dia punya negeri takde masuk dlm sistem apply nikah online. Sbb Selangor ada online system dia sendiri -> Sistem Online Nikah Selangor

Jadi, tunang aku kena settlekan borang dia dlu dkt pejabat agama dan tunggu kelulusan. Masa ni sijil kursus kahwin dgn hiv test kena ada dah ya. Sebab tu aku letak bahagian no 1 & 2.

Kemudian aku pulak perak. Bagi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan, sistem online utk bernikah adalah SPPIM. Dkt sini korang yg ppuan boleh la isi borang nikah. Kalau lelaki dan perempuan dari negeri diatas, lagi mudah. Dua-2 isi je kat sini okay. Borang hiv test akan diberi sekali lepas korang printout borang yang korang dh isi online tu. Mcm aku, even lelaki punya borang tak bg kat aku lg, aku dh isi siap2. Senang.

Lepas lelaki punya borang dah lulus, boleh lah serahkan kepada pihak perempuan untuk langkah seterusnya.

Yang perempuan, step yang sama lah, hiv test dgn sijil kursus kahwin kena ada ya. Aku dah settle semua, aku bawak semua borang kat Pejabat Agama Islam daerah Ipoh. Alhamdulillah mudah urusan, semua pun settle dan skrg tinggal untuk nikah je hehe.

So sedikit sebanyak, tu je lah yang aku boleh cerita utk step 2 ni. Next post aku akan cerita step 3 iaitu persediaan untuk majlis. Thats all. Ada soalan boleh komen ya. Nk sng pm je kt fb atau tweet kt twitter. Aku aktif sikit sana hehe. Okay bye.

Love,
Ekin


Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH