Friday, May 11

Majlis Perkahwinan Ekin : Full Budget Majlis Sanding (Part 1)

Assalamualaikum

Okay. Nak tarik nafas jap. Baru lepas baca pasal majlis nikah kan? Okay yg ni kena bawak bertenang sikit nak baca. For sure this part byk, so akan ada lebih dari satu entry post. 

WARNING: ENTRY INI SGT PANJANG BERSAMBUNG DI POST SETERUSNYA. 

PS: INI HANYA LAH PERKONGSIAN BAJET SAHAJA. KURANG DAN LEBIH MEMBAZIR ATAU TIDAK BERGANTUNG PADA INDIVIDU. SETIAP BAJET AKU SERTAKAN KORANG BOLEH ADJUST IKUT BAJET KORANG. JANGAN JUDGE PULAK AKU NI BAZIR KE APA KE TAK SUKA JANGAN BACA ;)


Sebelum aku teruskan, korang kena tahu yang aku tak ada wedding planner. Aku adalah wedding planner aku sendiri. Semua item yang aku ambik semasa majlis ni adalah berasingan kecuali yang dinyatakan. The total budget may be vary to the current economy and location.

Untuk majlis sanding, aku buat dekat rumah je. Di sebelah lelaki hanya majlis doa selamat gabung dengan majlis akikah anak buah suami.

1) PAKEJ PELAMIN + WALKWAY

Survey punya survey, alhamdulillah, pakej ni sampai tepat pada waktu. Aku nampak pakej ni dekat ig masa survey untuk pakej pelamin. This is why para wedding planner sekalian, korang kena public 
kan ig. Sbb org akan survey thru # tau. Kalau korg private, susah org nak survey. 

ni pakej yang aku grab masa tu. 

Sgt murah kalau nak dibandingkan kalau kau ambik asing-asing.
Pelaminnya kami bagi design contoh yang kami ada dpt. So selebihnya serah pd beliau. Dia buat-buat, alhamdulillah cantik. So ini lah hasilnya.

gambar dari photographer

gambar dari ig pakej pelamin


Aku request nak bunga langsir backdrop putih semua just cushion je warna purple. yang bantal tekat tu mcm biasa la arwah opah punya. yang bantal kelabu tu kkak punya tatahu psl apa ada kat situ. Nak gambar jelas boleh tgk gmbr2 

Kami jugak dpt sekali FOC walkway dan red carpet beserta pintu gerbang. Payung dan kipas tgn pun dia bg. Hehe. Set perenjis je kami tolak siap2 sbb mmg takde nak merenjis renjis pelamin hanya bergambar sahaja takde sanding pun hehe. Pintu gerbang tak letak kat depan khemah sebab ayah aku dia tak berapa suka haha so kitorang letak kat photobooth corner.



2) BAJU SANDING

Yg ni, include dlm pakej butik tu. Setelah pergi fitting, alhamdulillah hahahaha aku muat la dgn baju ni. Warna pun cantik ala ala songket. 



Baju set lelaki + tanjak + samping + aksesori (kasut lelaki tidak disediakan kami beli kat mydin je). 
Baju set perempuan + crown + veil + aksesori + makeup + kasut perempuan + bunga tgn
Semua ni disediakan oleh org yang sama. Makeup sanding pun kak Noliey yang buat. Hehe.

So, no 1 & 2, pakej nya aku ambik dari butik Noliey D'Touch. Lokasi dekat Symphony Hotel area hentian limau bali yang dkt simpang pulai sana.

FB: https://www.facebook.com/NolieyDtouch
IG: https://www.instagram.com/noliey_dtouch/

BUDGET : RM1100

3) KEK

Hat ni aku taknak recommend kat hangpa. Sebab service dia menyakitkan hati. Kek dia sedap tapi sumpah annoyyed gila aku. Sehari sebelum majlis boleh pulak tukar no tak bagitahu customer. 

Lepastu design salah semua salah tu pun nasib aku jenuh cari no baru dia kat ig. Boleh pulak kau tukar no and expect customer cari kau. Kepala bana dia. Ni kawan mak aku ni menyesal jgk ambik dkt dia. Murah tapi service teruk. Aku tempah cake topper kau tahu dia diy je padahal aku dh deal bayar semua apa celaka perangai.

kek dah lah senget cake topper tu better tayah letak la kalau hodoh mcmtu sakit mata aku tgk.

BUDGET : RM150

4)CANOPY 

Dlm pd kami mencari siapa yang boleh bg harga pakej kanopi yang kena dgn budget. Sbb bajet tight kan. Kalau boleh nak cari yg harga rm1000 ke bawah je. Alhamdulillah, rezeki nak kahwin, dpt tahu kwn mak/jiran ada buat rupanya sewa khemah dan meja katering. So bincang punya bincang, aku bg design ikut bajet. Kami ambik 4 khemah je include khemah pengantin.

Set Khemah + Meja makan tetamu : RM150 x 4 = RM600
Meja panjang untuk meja beradap+ buffet dan goodies : RM5 x 8 = RM40
Full Scallop (Hanya psg di khemah pengantin) : RM60
Scallop tiang sahaja untuk 4 khemah : RM30 x 4 = RM120
Sarung kerusi untuk meja keluarga belah lelaki : RM2 x 30 = RM60
Skirting Buffet Table : RM60
Hiasan Meja beradap + Upah : RM160


hiasan meja beradap simple.

utk khemah tetamu aku tak letak scallop just letak scallop untuk tiang. jimatttt

utk khemah pengantin, ada full scallop kalau perasan la tepi tu
Tema dipilih untuk scallop khemah, Purple + Silver + Cream :)

Untuk yang rasa mcm bajet lebih kurang aku je, boleh lah contact 
Cik Ida : 0134992828
Lokasi rumah: Lorong 3 dkt Jalan Selamat Kg Sg Tapah

BUDGET : RM1100

5) CATERING

Untuk catering, aku masih setia dgn catering time tunang aku, iaitu kwn baik mak, Cik Ina.
Sorry guys untuk yg mana kenalan my mom, aku mmg tak tahu lah ig dgn fb depa. Tak dpt nak share lebih.

Untuk catering, budget kami cuma 6k. 6k tu bila discuss dgn cik ina, dia kata boleh cover 700 pax sahaja. so kira-kira harga RM8.50/pax

Walaupun pd aku mcm mahal sikit laa sbb aku survey ada lg murah tp sbb ni kwn mak so trusted sikit. Huhu. Tapi ini untuk tetamu sahaja.



Menu
Ayam masak merah
Daging masak hitam
Ikan masin
Dalca
Sambal + ulam
Buah tembikai
Nasi minyak
Nasi Putih
Air Sirap 
Air Sarsi

Makanan pengantin pulak kena tambah another RM300. Tapi aku suh kurangkan kpd RM200 since aku pun bukan makan sgt kan pengantin kan hahaha.


sorry tak nmpk pun dlm gambar hahaha

Alhamdulillah, aku puas hati semua. Tetamu pun puji makanan sedap. Alhamdulillah cukup semua untuk tetamu. Jam 5 ptg masih ada makanan lagi. Biasa lah short tu kita bukan ada pelayan nak tlg cedok so semua ambik sendiri kan. So kalau ada tetamu yg ambik lebih tu kena redho je lah hahaha.

Alhamdulillah jugak thanks dkt family, ada jugak support utk tambahan makanan seperti Bihun Sup.

BUDGET : RM6,300

6) GOODIES BAG

Untuk goodies bag, agak memerah otak jugak nak prepare untuk 700pax ni. Haha. Survey punya survey, ramai yg buat goodies siap tp kos dia rm1 untuk satu item. kalau 400 dah 400rgt. Mati la nakk. Haha. Aku ni tight budget so aku letak siap2 budget untuk Goodies Bag overall hanya RM400. Senang supaya tak terlebih budget.

Untuk goodies bag, kami buat sendiri isi dlm tu smua. Beli asing-2 semua.
80% item goodies bag dibeli dkt SKK Jalan Kuala Kangsar. Alhamdulillah Under budget.



a) Transparent Plastic - RM50
b) Paper Bag (special guest) - RM30
c) Cartoon Plastic - RM30
d) Sweets Plastic - RM20
e) Keropok - RM70
f) Sweets - RM50 (beli kt kedai borong)
g) Kotak Telur - RM50
Yassin - RM150

All item yg diatas diberi kepada tetamu dewasa, 50 tetamu dari belah lelaki mendapat extra tambahan bekas telur yg sgt cute (sponsor by Cik Su kwn mak)

If ada yang dtg and tak dpt apa2 minta maaf sebab goodies bag depa bagi ikut tempat masuk dkt khemah depan tak bg kat meja zzzz. Aku pun tatahu kenapa gitu. Lepastu kalau ada yang dpt lain2 isi atau lain2 beg tu terima je lah ya tu semua sbb ada orang campur2 sponsor beg so kejap beg ni kejap beg tu gitu lah

BUDGET : RM450 (ops terlebih 50)

7) Bunga Pahar/Bunga Telur

Mula-mula aku igtkan tak perlu tau. Lepastu mak ckp kena la bg sbb nanti nk tukar dgn belah lelaki. So aku pun beli lah 100pcs dgn tempat nya skali. Yg murah dan cantik. Yg ni beli dkt VR Star dkt Jalan KK jugak. Kebetulan tgh ada promo, grab jgn tak grab haha.

takde gambar dekat soryy. yang warna purple tu bunga pahar aku yg cream bunga pahar belah lelaki. diorang buat telur masin aku buat telur rebus biasa.

Bunga Telur - RM32 x 2box of 50 pcs = RM51.20 (member discount)
Bunga pahar - RM6.90 x 2 = RM13.80
Telur - RM200

BUDGET : RM265

Bersambung....


Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH