Saturday, May 12

Majlis Perkahwinan Ekin : Full Budget Majlis Sanding (Part 2)

Assalamualaikum
PS: INI HANYA LAH PERKONGSIAN BAJET SAHAJA. KURANG DAN LEBIH MEMBAZIR ATAU TIDAK BERGANTUNG PADA INDIVIDU. SETIAP BAJET AKU SERTAKAN KORANG BOLEH ADJUST IKUT BAJET KORANG. JANGAN JUDGE PULAK AKU NI BAZIR KE APA KE TAK SUKA JANGAN BACA ;)


Okay sambung!

8) PAKEJ KAD KAHWIN

Untuk pakej kad kahwin ni aku dah ambik lamaaaa dah time tu promosi utk apa tah. So grab jgn tak grab.

pakej yg aku grab

Tapi aku ada modify sikit pakej ni since ada beberapa yg aku nak tolak tambah.

Antara yg aku modify
Kad kahwin - 1000pcs aku tukar kpd 300pcs sahaja sbb jemputan aku hanya lah 700pax jadi selebihnya jemput thru social media dan mulut sahaja.
lepastu nilai 700pcs yg aku tolak td dia bwk ke nilai tmbhan benda lain. Since duit tak boleh pulang so aku tambah dgn other item.
Welcome board add 1 pcs
Bunting add 1 pcs
So nilai 700pcs td tmbh dgn dua item ni.

Alhamdulillah design aku bg ok semua lah dia print.

Cuma spoil sikit kad kahwin aku. Dia print warna lain dari yg diberi pd aku. Tp sbb tak mencacatkan apa2 so aku buat dek je lah. Alhamdulillah lain2 semua cantik. Aku siap design satu welcome board tu untuk mcm buat hiasan kt rumah kami hehe.

ni kad kahwin design yg aku bg thru whatsapp yang kad fizikal warna berbeza sikit.

ni welcome board. stand kayu tu aku pinjam kwn chik hehe

bunting. 

ni gambar design yang diberi thru whatsapp. ni kami buat letak nama je sebab nak letak kat rumah nanti hehe

sorry takde gambar dekat. haha

IG / FB : Pearl Design Center
Lokasi: Manjung

BUDGET : RM450


9) PHOTOBOOTH

Yg ni sbnrnya aku mls je haha tp akak aku excited lain mcm. So aku ikutkan aje lah dah dia nak kan.
Hiasan belakang photobooth Glitter Cloth, kami beli dkt SKK jgk. Beli 2 meter
RM36
Fairy Light 
RM24
Simple yet nice and cantik. Org kreatif ni aku layan aje lah haha

#gambar tak ada if dah jumpa aku update ok haha

BUDGET : RM60

10) HIASAN BILIK PENGANTIN

Ini sbnrnya idak le penting mana tp sbb konon time makeup nak brgmbr bagai so blik kena nmpk mcm blik pengantin gitu lah haha so kkak aku ni excited bebenor. Tapi yg ni aku tak keluar duit, mak aku yg keluar duit haha.

initial design mcmni tapi katil terasa kosong sebab takde cadar so kami gabung konsep moden dan tradisional maaf takde gambar jelas lepas dah tkr design boleh tgk kt entry brgmbr nti ek haha

BUDGET: RM0

11) PHOTOGRAPHER

Tak lain tak bukan chik aku lah. Org yg sama shoot time aku tunang dlu. So dgn dia mmg mudah since dia kira bapak sedara pling rpt dgn kami. So dia kira lebih kurang je. Chik aku cover sanding + nikah dan outdoor session.




Lain2 nanti tengok entry bergambar ya.
Dpt jugak album and frame tau. Hehe. Untung jgk ada pakcik photographer ni.
Murah murah pakej dia ni sebab dia ni part time je photographer so boleh kawtim harga punya lah.
 
FB: https://www.facebook.com/hamzahkumasphotography/
IG: https://www.instagram.com/hamzahkumasphotography/

BUDGET: RM600

So overall budget kasar aku untuk majlis sanding aku,
RM 9, 375 

itu lah kot rasanya budget full untuk majlis sanding aku. Yg mana terselit tu hidden budget lah hehe. Insyaallah ada masa aku update pulak untuk majlis di sebelah lelaki beserta pre-honeymoon hehehe. Next post entry bergambar okay ;)

Alhamdulillah. syukur.

Love,
Ekin.


Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH